MODUL 12: YUMIE-YUMIE Murid dapat : Objektif : i. kemahiran menggunakan dokumen Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)untuk mengetahui hak-hak mereka sebagai kanak-kanak. ii. menjadi lebih berani melontarkan idea dan menghormati pendapat orang lain walaupun berbeza pandangan. iii. menghargai kepelbagaian masyarakat Malaysia Hormat-menghormati, tanggungjawab, kerjasama, toleransi dan adil Nilai : Jenis aktiviti : Ekspresi Bahan bantu belajar : Kertas mahjong, pen, pensel dan dokumen CRC dan UDHR Lokasi : Bilik darjah/Dewan Tempoh masa : 1 Jam Langkah-langkah pelaksanaan: Arahan 1. Bahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelbagai bangsa dan berikan nama kumpulan. 2. Setiap murid diberikan kertas mahjong. 3. Murid diminta menyenaraikan nama makanan tradisional masing-masing dan menulis di kertas mahjong. 4. Murid perlu menitik beratkan sensitiviti bangsa dan agama semasa memilih menu agar tidak menjadi isu perkauman. 5. Murid diminta mereka cipta lirik lagu berdasarkan satu jenis makanan. 6. Kumpulan murid bersedia untuk membuat persembahan. Soalan dari guru 1. Kenapa anda memilih makanan tersebut? 2. Adakah kumpulan anda menghadapi sebarang masalah dalam memilih makanan? 62

Select target paragraph3