iii. Apakah kesannya jika gambar ke 2 dan 3 berlaku pada diri kamu atau individu
lain? Apakah cadangan yang boleh membantu kamu dan mereka untuk
mengatasi perkara tersebut?
4. Guru menceritakan kisah kejayaan pada gambar yang pertama dan merumuskan
kesan negatif pada kotak 2 dan 3.
Aktiviti 3
1. Guru meminta murid untuk melihat gambar yang ke 4 yang diisi dengan cermin.
2. Murid-murid yang telah melihat gambar dalam kotak ke 4 perlu merahsiakan
daripada murid yang belum melihatnya.
3. Guru kemudiannya meminta murid untuk melihat cermin tersebut bersamasama rakannya dan cuba memuatkan seramai mungkin di dalam cermin
tersebut.
4. Guru mengemukakan soalan :
-
Mengapa imej pada cermin tersebut kelihatan seperti itu? (Imej murid yang
di hadapan kelihatan jelas dan besar manakala imej murid di belakang
semakin mengecil).
Refleksi:
1. Hargailah diri sendiri.
2. Hargailah peluang dan ruang.
3. Hargailah keamanan yang dikecapi.
4. Jauhilah perbuatan yang merosakkan masa depan murid seperti membuli.
5. Hanya anda sahaja yang mampu mengubah diri anda.
6. Binalah masa depan yang lebih cerah, cemerlang dan aman melalui kisah
orang yang berjaya.
7. Maklumkan tempat untuk membuat aduan sekiranya terjadi kejadian buli atau
pengabaian.
8. Murid perlu sentiasa kehadapan untuk berjaya tetapi tidak boleh melupakan
yang di belakang.
59