MODUL 11:
KOTAK ILUSI
Murid dapat :
i. mengenal pasti hak asasi yang berhubung dengan
diskriminasi yang memberi kesan kepada kanakkanak.
Objektif
:
ii. membina personaliti yang mempunyai sikap positif
terhadap persekitaran.
iii. mengambil pengajaran melalui cerita atau kisah
orang yang berjaya.
iv. menghargai diri dan masyarakat.
Nilai
: Kerjasama, prihatin,bertolak ansur
Jenis aktiviti
: Pengucapan
Bahan bantu belajar : Kotak/cermin/gambar
Lokasi
: Dewan/Kelas
Tempoh masa
: 1 Jam
Langkah Pelaksanaan:
Aktiviti 1
1. Guru meletakkan gambar dalam kotak pada tempat yang berbeza. Setiap kotak
mempunyai 3-4 gambar.
2. Terdapat 4 kotak yang mempunyai gambar yang berbeza:
a)
b)
c)
d)
Kotak 1 – gambar orang yang berjaya,
Kotak 2 – kanak-kanak yang dibuli,
Kotak 3 – kanak-kanak yang terbiar tanpa pengawasan,
Kotak 4 – kotak yang diisi dengan cermin.
Aktiviti 2
1. Guru meminta murid berjalan dan melihat kotak 1, 2, dan 3 secara teratur dan
bergilir-gilir.
2. Guru meminta murid bercerita berdasarkan gambar yang telah dilihat di dalam
setiap kotak.
3. Guru bersoal jawab dengan murid :
i. Apakah yang akan berlaku jika gambar dalam kotak 2 dan 3 terjadi pada
murid?
ii. Bagaimana pula jika gambar dalam kotak 2 dan 3 berlaku pada orang yang
berjaya dalam kotak 1?
58