MODUL 10:
TEKA SILANG KATA
Murid dapat :
Objektif
:
i. memupuk minat dan menambahkan kefahaman
tentang istilah-istilah hak asasi manusia dan hak kanakkanak.
ii. mengumpul maklumat asas mengenai hak asasi
manusia dan hak kanak-kanak.
iii. menggunakan dokumen hak asasi manusia dan
memahaminya untuk kegunaan hidup seharian.
Nilai
: Bekerjasama, bertolak ansur, berusaha
Jenis aktiviti
: Kuiz (mencari perkataan tersembunyi)
Bahan bantu belajar : Kertas silang kata, alat tulis
Lokasi
: Di dalam bilik darjah
Tempoh masa
: 1 Jam
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil yang mengandungi 5 orang
setiap kumpulan.
2. Arahkan murid untuk membaca dan memahami semua artikel yang disediakan
sebelum mencari perkataan-perkataan tersembunyi secara teliti.
3. Ingatkan murid bahawa setiap artikel mempunyai satu atau dua perkataan
tersembunyi untuk dikenal pasti. Bagi memudahkan murid-murid, perkataanperkataan yang perlu dikenal pasti telah digariskan.
4. Berikan masa selama satu jam untuk setiap kumpulan mencari perkataan
tersembunyi masing-masing.
5. Tukarkan kertas jawapan kepada kumpulan lain untuk disemak.
6. Berikan jawapan kepada seluruh bilik darjah dan semak markah setiap kumpulan.
Perbincangan berkumpulan dan kesimpulan:
Selepas tamat permainan, berikan ruang kepada murid untuk membuat sedikit refleksi
mengenai perkataan tersembunyi yang telah mereka temui dalam aktiviti berkenaan.
Guru boleh berkongsi maklumat tambahan dan fakta yang tepat mengenai hak
asasi manusia.
54