MODUL 9: USE ME WISELY Murid dapat : Objektif : i. mengetahui tentang akses kepada maklumat daripada pelbagai sumber media massa untuk menyebarkan maklumat yang mempunyai faedah sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak. ii. memilih sumber yang mempunyai maklumat yang berguna kepada mereka secara positif. iii. memahami hak mendapatkan maklumat dan bahan yang mempunyai faedah sosial seperti kebudayaan. Nilai : Tanggungjawab,hormat-menghormati dan penyertaan. Jenis aktiviti : Pengucapan umum. Dokumen Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Bahan bantu belajar : sampul yang mengandungi gambar-gambar media massa. Lokasi : Bilik darjah Tempoh masa : 1 Jam Langkah pelaksanaan: 1. Setiap kumpulan diberi sampul yang mengandungi gambar-gambar media massa seperti suratkhabar, radio, tv, komputer, telefon bimbit, komputer riba, talian internet, facebook, whatsapp dan majalah (lampiran gambar) . 2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu jenis media massa dan bincangkan soalan-soalan berikut: A. Soalan mengenai hak memilih sumber maklumat: i) mengapakah kamu memilih sumber maklumat ini? ii) apakah kepentingan sumber maklumat yang kamu pilih? iii) bagaimana sumber maklumat ini membantu dalam penyebaran maklumat? B. Soalan mengenai faedah sumber maklumat: i) pada pendapat kamu, apakah faedah sumber maklumat yang kamu pilih? ii) adakah sumber maklumat ini dapat membantu kamu dalam kehidupan seharian? iii) adakah sumber maklumat ini dapat meningkatkan prestasi anda dalam pelajaran? 47 47

Select target paragraph3