Nota rujukan guru:
i. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia.
Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat (UDHR) yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
pada 10 Disember 1948.
ii. UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari
segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit,
jantina dan pangkat.
iii. Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam CRC.
iv. Terdapat 54 Artikel di dalam CRC.
v. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini:
• Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi.
• Artikel 24. CRC. Hak kepada kesihatan
dan perkhidmatan kesihatan.
• Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak.
• Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara.
• Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak.
46