2. Setiap murid dari kumpulan yang sama diberi masa 2 minit untuk meneka perkataan tersebut. Setiap tekaan betul akan mendapat 2 markah. 3. Jika kumpulan tersebut tidak dapat meneka dalam masa 2 minit, guru akan memberi 30 saat kepada mana-mana kumpulan lain peluang untuk meneka. Setiap tekaan betul akan mendapat 1 markah. 4. Aktiviti berterusan sehingga kesemua perkataan yang terdapat dalam bekas kosong tersebut telah dilakonkan dan kumpulan yang memperolehi markah yang tertinggi adalah pemenang. 5. Ingatkan murid bahawa mereka tidak boleh mengunakan apa-apa perkataan atau percakapan dan hanya melalui lakonan sahaja. Aktiviti 3 1. Guru bersoal jawab dengan murid menggunakan soalan-soalan di bawah sebagai panduan. i. Apakah maksud hak-hak asasi tersebut? ii. Adakah hak-hak tersebut penting untuk dinikmati oleh setiap kanak kanak? iii. Apakah yang mungkin berlaku sekiranya kanak-kanak tidak dapat menikmati hak-hak tersebut? Refleksi: Murid melakukan refleksi minda mengenai perkataan yang dilakonkan oleh kumpulan. Nota rujukan guru: 1. Antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini: • Artikel 28. CRC. Hak kanak-kanak terhadap pendidikan. • Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi. • Artikel 3. CRC. Hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. • Artikel 15. CRC. Hak kepada suatu kewarganegaraan. • Artikel 19. CRC. Hak kepada kebebasan berpendapat dan bersuara. • Artikel 23. CRC. Hak kepada pekerjaan. 44 44

Select target paragraph3