MODUL 7: LAKONKAN CHARADES (Teka Lakon) Murid dapat : Objektif : i. memahami dan mengetahui maksud hak asasi manusia. ii. memahami kepentingan hak asasi manusia. Nilai : Bekerjasama, bantu-membantu, berdaya saing Jenis aktiviti : Lakonan Bahan bantu belajar : Kertas, pen dan kotak kosong Lokasi : Di dalam atau di luar bilik darjah Tempoh masa : 1 Jam Langkah-langkah pelaksanaan: Aktiviti 1 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan (4 hingga 5 orang) dan melantik seorang ketua. 2. Guru menyediakan perkataan berkaitan hak asasi manusia dalam kertas-kertas kecil yang dilipat dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. 3. Antara contoh hak asasi manusia yang boleh digunakan adalah: i. Hak untuk hidup ii. Hak untuk suatu kewarganegaraan iii. Hak kebebasan berpendapat dan bersuara iv. Perlindungan dari keganasan dan eksploitasi v. Hak untuk tidak didiskriminasi vi. Hak terhadap kesihatan vii. Hak untuk pendidikan viii. Hak kepada pekerjaan ix. Hak beragama x. Hak untuk bermain dan rekreasi Aktiviti 2 1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih seorang dari kumpulan tersebut untuk mengambil satu kertas secara bergilir dan melakonkan perkataan tersebut mengikut kesesuaian dan imaginasi mereka. 43

Select target paragraph3