PENGENALAN
Pendidikan hak asasi manusia didefinisikan sebagai pembelajaran, latihan dan
maklumat yang bermatlamat untuk membina budaya masyarakat yang saling
menghormati hak tanpa mengira latar belakang seseorang. Pendidikan hak asasi
manusia yang berkesan bukan sahaja meningkatkan pengetahuan mengenai hak
asasi, tetapi juga memupuk sikap dan tingkah laku yang menyumbang ke arah
mempromosi, membela dan mengamal budaya hak asasi manusia dalam
kehidupan seharian. Secara khususnya, pendidikan hak asasi manusia mempunyai
matlamat-matlamat berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
mengukuhkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asasi;
membangunkan sepenuhnya personaliti dan maruah diri;
mempromosi kesefahaman, toleransi, kesaksamaan dan kesetiakawanan
tanpa mengira latar belakang individu;
memperkasa setiap individu untuk menyertai secara efektif di dalam
masyarakat yang bebas dan demokratik yang dikawal selia oleh prinsip
kedaulatan undang-undang;
memastikan dan mengekalkan keamanan; dan
mempromosi pembangunan lestari berteraskan rakyat dan keadilan sosial.
Oleh yang demikian, pendidikan hak asasi manusia menawarkan pengetahuan dan
kemahiran tambahan kepada proses pengukuhan penghayatan murid terhadap
ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai
tambah yang telahpun tersedia di dalam buku-buku teks sekolah-sekolah di Malaysia.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah ditubuhkan oleh Parlimen
Malaysia melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) dan
dipertanggungjawabkan untuk, antara lain, memupuk kesedaran dan menyediakan
pendidikan berhubung dengan hak asasi manusia. Berteraskan kepada mandat ini,
sejak memulakan operasinya pada tahun 2000, SUHAKAM telah berkerjasama
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan institusi pendidikan yang lain
untuk menyediakan pendidikan hak asasi manusia. Pelbagai program ceramah dan
latihan hak asasi manusia kepada murid, guru, mahasiswa dan pensyarah telah
dijalankan bagi memupuk kesedaran serta menerapkan pemikiran dan tindakan
yang mengambil kira dan menghormati hak asasi manusia.
Bagi mengukuhkan penyampaian pendidikan hak asasi manusia, pada tahun 2009,
SUHAKAM dengan sokongan penuh KPM telah memperkenalkan program Amalan
3