MODUL 6: DISKRIMINASI Murid dapat : i. mengetahui dan memahami apa itu diskriminasi. Objektif : ii. mengenal jenis-jenis keperluan asas yang merupakan hak asasi manusia. iii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan dengan rakan sekolah. Nilai : Tanggungjawab, hormat-menghormati Jenis aktiviti : Pembentangan kumpulan Bahan bantu belajar : Kertas mahjong, pen marker dan lampiran Lokasi : Di dalam atau di luar bilik darjah. Tempoh masa : 1 Jam Senario Pada tahun 2039, Planet A, telah menjadi tidak sesuai untuk diduduki manusia disebabkan pencemaran yang teruk dan kekurangan sumber makanan susulan penebangan hutan, pencemaran air dan udara, dan sebagainya. Susulan daripada itu kerajaan telah mengenal pasti sebuah planet lain, iaitu Planet B, yang mempunyai ciri-ciri serupa dengan Planet A yang boleh didiami oleh manusia. Pihak kerajaan menyediakan sebuah kapal angkasa yang kemudiannya telah diberikan kepada anda untuk berpindah ke Planet B. Minyak kapal angkasa tersebut hanya cukup untuk perjalanan sehingga sampai ke Planet B. Pihak kerajaan telah meminta anda membawa beberapa penduduk ke Planet B untuk meneruskan kehidupan dan memulakan tamadun manusia yang baharu. Walau bagaimana pun, selain anda dan juruterbang, kapal angkasa tersebut hanya boleh memuatkan 8 orang penumpang. Pihak kerajaan telah memberikan anda satu senarai penduduk, yang mana anda hanya boleh memilih 8 orang penumpang khusus dari senarai yang diberikan oleh pihak kerajaan. Antara individu-individu yang disenaraikan di dalam senarai kerajaan di bawah, siapakah dari Planet A yang anda akan bawa bagi membantu anda untuk memulakan kehidupan dan tamadun manusia yang baharu di Planet B? 38

Select target paragraph3