Refleksi: i. Guru meminta 5 sukarelawan untuk membuat refleksi. ii. Guru membuat rumusan bahawa setiap individu mempunyai maruah dan tidak sewajarnya didiskriminasi atas apa faktor pun termasuk fizikal. Nota rujukan guru: i Hak asasi manusia adalah milik semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel UDHR yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. ii UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina dan pangkat. iii Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam CRC. iv Terdapat 54 Artikel di dalam CRC. v Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah. Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini: • Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi. • Artikel 18. CRC. Tanggungjawab ibu bapa. • Artikel 24. CRC. Hak kepada kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. • Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak. • Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara. • Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak. 37

Select target paragraph3