Keadaan ini menyebabkan R sering berasa rendah diri, tidak mempunyai keyakinan
diri dan selalu mengasingkan dirinya daripada rakan-rakan lain. R berasa sedih dan
kesunyian. Ini menyebabkan prestasi akademik R jatuh. Dia tidak mahu lagi ke sekolah
dan akan memberi bermacam-macam alasan untuk tidak ke sekolah.
Soalan
Sila bincangkan perkara-perkara berikut:
1. Nyatakan apakah isu yang terdapat di dalam kes ini.
2. Apakah langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah-masalah yang
telah dikenal pasti?
3. Berdasarkan UDHR dan CRC, apakah hak kanak-kanak yang dicabul di dalam
kes ini?
4. Berikan beberapa nama agensi/tempat kanak-kanak ini boleh mengadu.
Format pembentangan
1. Setiap kumpulan harus membincangkan topik yang telah ditetapkan dan
perkara-perkara yang diberikan di bawah topik tersebut seperti yang terdapat
dalam ringkasan format yang disediakan.
2. Sila gunakan bahan yang dibekalkan untuk membantu perbincangan
terutamanya CRC.
3. Ringkasan format:
Hak asasi
yang
berkaitan
Contohcontoh
Cadangan/
Langkah
Pihak yang
bertanggungjawab
Artikel-artikel
di dalam UDHR
dan CRC yang
berkaitan
4. Setiap kumpulan akan diberikan masa 10 minit untuk membuat pembentangan
dan 5 minit untuk sesi soal jawab.
36