MODUL 5: KENAPA PANGGIL SAYA OBES? Murid dapat : i. menyedari bahawa setiap manusia mempunyai maruah dan hidup tanpa diskriminasi Objektif ii. menggunakan dokumen Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) sebagai panduan dalam kehidupan harian mereka. : iii. mengamalkan hak penyertaan dan hak pendapat. memberi Maruah, diskriminasi, hormat-menghormati, kesihatan, kesamarataan, adil. Nilai : Jenis aktiviti : Kajian kes • • Bahan bantu belajar : • • • Edaran kertas ”Kenapa Panggil Saya Obes?” sekeping untuk setiap murid. Kertas mahjong 2 keping untuk setiap kumpulan. Pen marker. Pita pelekat. Dokumen CRC dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Lokasi : Bilik darjah/dewan/kantin Tempoh masa : 1 Jam Langkah-langkah pelaksanaan: • Murid dibahagikan kepada kumpulan - 8 orang dalam setiap kumpulan. • Setiap murid akan diedarkan kertas kajian kes ”Kenapa Panggil Saya Obes?” ”Kenapa Panggil Saya Obes?” R adalah seorang murid Tingkatan 3 dan berasal dari Ladang Sogamana. Susuk badan R amat besar dan dia tidak kelihatan seperti seorang murid Tingkatan 3. R juga lemah dalam matematik dan selalu mengalami masalah di dalam kelas tersebut. Dia sering mundar-mandir di dalam kelas dan mengganggu murid-murid lain. Sikap R ini membuatkan gurunya berasa begitu marah lalu memanggil R dengan nama ’Si Gemuk’. Gurunya tahu bahawa apabila dia memanggil R dengan nama ini, R akan malu dan duduk diam. Kerap kali R dipanggil dengan nama tersebut dan ini telah menjadi ikutan rakan-rakannya untuk turut memanggil R dengan nama tersebut. R juga sering dibuli. Alat tulisnya selalu diambil oleh rakan-rakannya dan mereka tidak akan memulangkannya kembali kepada R. Rakannya juga kadang kala mempersendakan R dengan melekatkan kertas yang tertulis, ’Sayalah Si Gemuk’ pada bajunya tanpa pengetahuan R dan mentertawakannya. Kerapkali R dipinggirkan oleh guru dan kawan sekelas beliau. 35

Select target paragraph3