iii. Contoh kesan dan akibat penderaan dan pengabaian: • kecederaan pada tubuh badan, • berpenyakit, • kebuluran, • kecacatan fizikal, sosial, emosi dan perkembangan moral, • tiada keyakinan atau rendah diri, • kemurungan. iv. Contoh kesan dan akibat penderaan seksual melalui insiden-insiden yang kecil boleh menyebabkan gangguan emosi yang sementara: • rasa malu, • ketakutan, • kekeliruan, • rasa bersalah, • rasa dipinggirkan, • tidak mempercayai orang dewasa atau orang yang tidak dikenali. v. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. x. UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina dan pangkat. xi. Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC). xii. Terdapat 54 Artikel di dalam CRC. xiii. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah. Berikut adalah antara Artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini: • Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi. • Artikel 24. CRC. Hak kepada kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. • Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak. • Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara. • Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak. 15

Select target paragraph3