6. Lekatkan gambar-gambar itu di dinding atau flipchart mengikut jenis penderaan.
7. Dalam kumpulan yang sama, minta murid bincangkan akibat dan kesan daripada
3 jenis penderaan ini.
8. Murid diminta menyenaraikan dalam kertas tentang kesan dan akibat penderaan
mengikut kumpulan mereka.
9. Setiap kumpulan diminta untuk membuat pembentangan dan guru memberikan
komen.
Refleksi:
1. Guru meminta beberapa orang murid membuat refleksi mengenai apa yang
dipelajari daripada aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan.
2. Setiap refleksi mengikut jantina dan kategori iaitu penderaan fizikal, emosi dan
pengabaian.
Antara perkataan yang perlu ditekankan oleh guru dalam rumusan adalah:
- Hak kepada perlindungan
- Tanggungjawab orang dewasa – ibubapa, saudara mara, pihak sekolah, guru,
polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Maruah/’Dignity’ kanak-kanak.
Nota rujukan guru:
i. Contoh kesan dan akibat penderaan fizikal:
• patah tulang,
• kesan parut,
• kecacatan kekal,
• kecederaan dalaman yang serius,
• kesan lebam,
ii. Contoh kesan dan akibat penderaan emosi:
• kemurungan,
• tiada keyakinan atau rendah diri,
•
•
•
•
ganas/kasar,
hilang selera makan,
kebuluran,
tingkah laku anti sosial.
14