Aktiviti 4
a. Guru membacakan Senario III (Lampiran 4).
b.
Setiap kumpulan dikehendaki memilih 5 perkara dari 10 yang tinggal.
c.
Ahli kumpulan perlu berbincang dengan mengambil kira keperluan dan
kehendak bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka di pulau tersebut.
d.
Senaraikan dalam borang yang disediakan. (Rujuk lampiran 5)
e.
Guru bersoal jawab dengan kumpulan murid:
i.
Mengapa kamu memilih 5 perkara tersebut?
ii.
Mengapakah perkara itu penting untuk kesejahteraan kehidupan
kamu?
iii.
Berikan hujah dan pendapat kenapa perkara itu menjadi keperluan
atau kehendak kamu?
iv.
Adakah terdapat sesiapa dalam kumpulan kamu berhak mendapat
lebih daripada 5 pilihan? Kenapa?
v.
Adakah terdapat sesiapa dalam kumpulan kamu yang patut
mendapat kurang daripada 5 pilihan? Kenapa?
vi.
Pada pendapat kamu, adakah masih terdapat individu/kumpulan di
Malaysia yang tidak mendapat akses kepada pilihan 1-5 tersebut?
Sekiranya ada, siapakah mereka? Apa yang boleh dibuat untuk
membantu mereka?
Refleksi :
Guru memilih beberapa orang murid untuk memberi refleksi mengenai aktiviti yang
mereka lakukan.
Guru membuat rumusan tentang aktiviti dalam aspek:
•
Penyertaan.
•
Tiada diskriminasi.
•
Hak bersuara.
•
Hak memberi pendapat.
•
Perbezaan antara kehendak dan keperluan.
•
Tanggungjawab.
9