TERMA-TERMA RUJUKAN
a)
Untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran hak asasi manusia ke
atas mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan awam
9 Julai 2011;
b)
Jika pelanggaran hak asasi manusia berlaku, untuk menentukan:
i.
Bagaimana pelanggaran tersebut berlaku;
ii.
Apakah
arahan
dan
tatacara
pentadbiran,
yang
membawa
kepada
pelanggaran berkenaan undang-undang; dan
iii.
Siapakah individu atau agensi yang bertanggungjawab ke atas pelanggaran
undang-undang sedemikian.
c)
Memberi cadangan serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan
bahawa pelanggaran tersebut tidak berulang.
10.
Bagi melaksanakan tugas tersebut, Panel telah memanggil 14 orang saksi awam dan
17 orang saksi daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi
keterangan.
11.
Panel juga telah menjemput PDRM, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam
sebagai pemerhati serta membantu Panel dalam hal-hal tertentu sekiranya
diperlukan. Walau bagaimanapun, hanya wakil-wakil dari PDRM dan Majlis Peguam
yang hadir sepanjang pendengaran berlangsung kecuali pada 17 April 2012 yang
mana Majlis Peguam tidak dapat hadir.
12.
Panel juga ingin menegaskan bahawa walaupun perhimpunan ini tidak mendapat
permit di bawah Seksyen 27, Akta Polis 1964 dan telah diisytiharkan oleh Kerajaan
dan PDRM sebagai perhimpunan yang tidak sah, segala syor yang dikemukakan
adalah terpakai sepenuhnya.
4