BAB 1
PENGENALAN
1.
Pada 9 Julai 2011, satu perhimpunan ramai (selepas ini dirujuk sebagai “BERSIH 2.0”)
telah diadakan di Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan terhadap tuntutan
yang dibuat oleh Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (selepas ini dirujuk sebagai
BERSIH)
supaya
pilihan
raya
dijalankan
secara
adil
dan
bebas.
Sebelum
perhimpunan berkenaan diadakan, Kerajaan telah mengisytiharkan pergerakan
tersebut sebagai sebuah entiti yang tidak sah dan pelbagai langkah pencegahan
telah diambil oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk melakukan
tangkapan terhadap individu-individu yang mempunyai kaitan dengan pergerakan
berkenaan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM juga telah mengeluarkan
beberapa kenyataan yang menyebut bahawa perhimpunan tersebut tidak sah
kerana tidak mendapat permit di bawah Seksyen 27, Akta Polis 1964.
2.
Selain itu, PDRM juga telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang 91
individu daripada memasuki beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur bagi
menghalang mereka menyertai perhimpunan berkenaan. Bagi tujuan tersebut,
PDRM telah melakukan operasi secara besar-besaran bagi menyekat orang ramai
yang ingin menyertai perhimpunan tersebut.
3.
Bagaimanapun, kumpulan tersebut telah meneruskan juga rancangan mereka
pada tarikh berkenaan dengan mengadakan perhimpunan di beberapa lokasi di
sekitar bandaraya Kuala Lumpur, bermula lebih kurang jam 8 pagi dan berterusan
sehingga lebih kurang jam 4 petang.
4.
Ekoran daripada kejadian tersebut, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(selepas ini dirujuk sebagai “Suruhanjaya”) telah menerima beberapa memorandum
dan aduan daripada pelbagai pihak, iaitu pertubuhan atau individu berhubung
dakwaan pelanggaran hak asasi manusia. Setelah mengambil kira kepentingan isuisu yang dibangkitkan, Suruhanjaya telah mengambil keputusan pada 14 Julai 2011
2