MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA OBJEKTIF MODUL i. Peserta dapat menerapkan prinsip PLAN dalam setiap proses siasatan yang dijalankan. ii. Peserta dapat mengetahui panduan-panduan umum berasaskan dokumen hak asasi manusia dalam setiap proses siasatan polis. iii. Peserta mengetahui hak-hak OKT dan tanggungjawab polis untuk melindungi, menghormati dan memenuhi hak-hak tersebut. Nota Rujukan Tenaga Pengajar 1. Tahan dan Periksa (Stop and Search) • Polis diberi kuasa dan mempunyai tugas untuk menahan dan memeriksa manamana orang atau kenderaan, atau untuk mendapatkan waran penggeledahan, dalam situasi tertentu. * Mengapa polis diberi kuasa untuk menghalang pergerakan dan membuat pemeriksaan? Apa tujuannya? * Adakah menghalang dan membuat pemeriksaan adalah satu bentuk tangkapan atau penahanan? Atau ia merupakan suatu tindakan yang berbeza? * Adakah syarat untuk menghalang dan membuat pemeriksaan adalah sama? Adakah ini satu proses yang sama, atau adakah dua peringkat yang berbeza? • Ketika polis menghalang atau memeriksa seseorang, dia mesti mempunyai tujuan dan bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya yang menyasarkan individu secara rawak. Perlu wujud ‘kecurigaan yang munasabah’ sebelum tindakan menghalang dan pemeriksaan dijalankan. Kecurigaan yang munasabah bermaksud mana-mana anggota/pegawai polis lain dalam keadaan tersebut akan turut merasa curiga. Kecurigaan tersebut hendaklah berasaskan kepada maklumat risikan, aduan yang sah atau tingkahla ku suspek. • Ketika polis menghalang dan memeriksa individu, kenderaan atau premis, ia mesti dilakukan dengan adil dalam menangani jenayah. Ia bertujuan untuk menghilangkan atau mengesahkan kecurigaan yang munasabah terhadap seseorang individu. • Tindakan menghalang dan memeriksa adalah satu bentuk penahanan walaupun tempoh yang singkat. Dengan mengehadkan pergerakan seseorang anda menafikan kebebasan bergerak atau kebebasan individu yang terlibat. • Tindakan menghalang dan memeriksa adalah dua prosedur yang berbeza. Pemeriksaan tidak semestinya dilakukan selepas seseorang dihalang pergerakannya. Pemeriksaan mungkin tidak perlu dilakukan jika tidak ada kecurigaan terhadap orang yang dihalang. 55 

اختر الفقرة المستهدفة3