MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
Sekatan kepada hak dan kebebasan individu hanya dibenarkan sekadar yang
termaktub di dalam undang-undang untuk tujuan yang sah atau semasa darurat.
Pasukan polis tidak sewajarnya menjalankan penguatkuasaan yang menyalahi
matlamat undang-undang dan / atau secara sewenang-wenangnya sebaliknya
harus menghormati kedaulatan undang-undang.
•
Pelaksanaan norma-norma hak asasi manusia antarabangsa yang efektif adalah
berdasarkan kedaulatan kepada undang-undang (rule of law) termasuklah
menegakkan prinsip bahawa tidak ada orang yang berada di atas undangundang, dan bahawa undang-undang negara terpakai untuk setiap orang, tanpa
diskriminasi, sama ada seseorang itu orang awam atau pemimpin kerajaan. Oleh
itu, pasukan polis mempunyai kewajipan untuk bertindak dalam batasan undangundang. Negara mempunyai kewajipan untuk memastikan undang-undang adalah
jelas, memberikan latihan yang mencukupi kepada pasukan polis dan sentiasa
menggalakkan pematuhan kepada undang-undang.
•
Penguatkuasaan yang berlandaskan kepada undang-undang serta piawaian hak
asasi manusia akan memberikan kesan positif antaranya adalah:
Perkara
Penguatkuasaan undangundang selari hak asasi manusia
Penguatkuasaan undangundang mencabuli hak asasi
manusia
Keyakinan
masyarakat
Meningkatkan keyakinan kepada Mengurangkan
keyakinan
pasukan polis.
kepada pasukan polis.
Suri teladan
(Role-model)
Pasukan polis menjadi contoh Masyarakat sentiasa mencurigai
kepada
masyarakat
untuk tindakan pasukan polis.
menghormati undang-undang.
Kerjasama
masyarakat dalam
pencegahan
jenayah
Mendekatkan
hubungan
pasukan
polis
dengan
masyarakat
yang
akan
mempercepatkan
tugas
pencegahan dan penyelesaian
kes-kes jenayah.
Merenggangkan
hubungan
pasukan
polis
dengan
masyarakat
yang
akan
menyukarkan
tugas
pencegahan dan penyelesaian
kes-kes jenayah.
Pendakwaan kes
Meningkatkan peluang untuk
berjaya di mahkamah kerana
prosedur
mengikut
undangundang.
Mengurangkan peluang untuk
berjaya di mahkamah kerana
prosedur menyalahi undangundang.
Sistem keadilan
negara
Mengukuhkan
masyarakat.
Sokongan
Memperoleh sokongan daripada Mendapat
kritikan
daripda
semua pihak termasuk media pelbagai pihak termasuk media
dan masyarakat antarabangsa. dan masyarakat antarabangsa.
kepercayaan Melemahkan
masyarakat.
42
kepercayaan