MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
• Berikut adalah antara contoh senarai hak asasi anggota dan pegawai polis:
Hak kepada nyawa dan keselamatan
Hak untuk dilindungi dalam situasi berbahaya
Artikel 3 UDHR
Peralatan
keselamatan/senjata
yang
mencukupi, latihan, perancangan operasi
polis yang rapi, peruntukan sumber yang
mencukupi, penyiasatan yang berkesan
apabila berlaku kematian anggota atau
pegawai polis ketika bertugas.
Artikel 11 ADHR
Artikel 6 ICCPR
Hak kepada masa rehat dan riadah
Artikel 24 UDHR
Artikel 7 ICESCR
Masa untuk berehat dan beriadah yang
mencukupi.
Tugas polis adalah mencabar dan meletihkan,
oleh itu penting bagi mereka mendapat rehat
yang mencukupi agar kesihatan fizikal dan
mental terpelihara, seterusnya memastikan
tugasan dilaksana dengan baik.11
Terdapat peruntukan undang-undang, konvensyen antarabangsa dan instrumen lain yang mengawal tempoh
masa berkerja untuk kelas pekerja. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menerimapakai beberapa konvensyen dan pengisytiharan yang bertujuan untuk mengawal selia keadaan kerja bagi buruh dan kelas pekerja,
termasuk had jam kerja mereka. Instrumen ILO, yang relevan dalam konteks ini, termasuk:
1. Konvensyen Waktu Kerja (Perdagangan dan Pejabat) 1930, melanjutkan 48 jam seminggu waktu bekerja kepada pekerja dalam perdagangan dan pejabat.
2. Konvensyen Empat Puluh Jam Seminggu 1935, menetapkan piawaian baharu 40 jam seminggu waktu bekerja.
3. Konvensyen Rehat Mingguan (Perdagangan dan Pejabat) 1957, menetapkan sekurang-kurangnya 24 jam rehat
berturut-turut setiap minggu.
4. Konvensyen Cuti dengan Gaji 1970, menetapkan cuti berbayar tahunan untuk tempoh minimum tertentu.
5. Konvensyen Pekerja dengan Tanggungjawab Keluarga, 1981, menetapkan bahawa setiap Negara Anggota
hendaklah menjadikan matlamat dasar negara untuk membolehkan orang terlibat dalam pekerjaan tidak terlibat
dalam sebarang konflik antara pekerjaan dan tanggungjawab kepada keluarga mereka.
11
Waktu bekerja 40 jam seminggu kini merupakan standard yang dipakai di banyak negara. Oleh itu, pengaturan
masa kerja yang baik perlu memenuhi lima kriteria yang saling berkaitan iaitu:
(a) hendaklah memelihara kesihatan dan keselamatan pekerja,
(b) mesra keluarga,
(c) menggalakkan kesaksamaan jantina,
(d) meningkatkan produktiviti, dan
(e) menyediakan kemudahan pekerja memilih dan menentukan waktu bekerja.
Peruntukan undang-undang waktu bekerja khusus untuk Polis
United Kingdom
Selepas dikeluarkan Arahan Waktu Kerja Kesatuan Eropah, pasukan polis di U.K. telah mengubah suai peraturan
polis agar selari dengan arahan tersebut.
Amerika Syarikat
Isu waktu bekerja polis dilindungi di bawah seksyen 3 (s) (1)(c) Akta Piawaian Buruh Yang Adil (FLSA), yang merupakan akta persekutuan yang meliputi semua pekerja persekutuan dan negeri di seluruh Amerika Syarikat. Peruntukan dalam akta ini lebih menekankan pembayaran pampasan kepada pegawai penguatkuasa undang-undang
yang bekerja lebih masa daripada menetapkan had waktu bekerja. FLSA mewajibkan pembayaran gaji lebih
masa kepada pekerja tidak kurang daripada satu setengah kali ganda kadar gaji biasa mereka untuk setiap jam
bekerja melebihi 40 jam dalam seminggu bekerja.
Afrika Selatan
Di Afrika Selatan, Peraturan 31 Peraturan-Peraturan Pekerjaan Perkhidmatan Polis Afrika Selatan memberi kuasa
kepada Pesuruhjaya Polis untuk menentukan waktu bekerja anggota polis. Pada Mei 2002, Pesuruhjaya Polis Afrika
Selatan, selepas berunding dengan pelbagai kesatuan, mengeluarkan perintah yang menetapkan bahawa (a)
34