MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 43. Manakah antara berikut merupakan mekanisme pemantauan di bawah UNCAT? i. CAT Committee ii. Parlimen iii. Laporan Berkala (Periodic reports) iv. PBB a. i dan iii b. i, ii dan iv c. ii. iii dan iv d. Semua di atas 44. Berapakah bilangan artikel di dalam UNCAT? a. 33 c. 86 b. 53 d. 25 45. Apakah hak seorang OKT apabila ditahan? i. Akses kepada peguam ii. Pemakluman kepada keluarga iii. Pemeriksaan perubatan iv. Perbicaraan di mahkamah a. i, ii dan iii b. i, ii dan iv c. ii. iii dan iv d. Semua di atas 46. Manakah antara berikut merupakan pernyataan yang SALAH tentang penyeksaan? a. Penyeksaan menafikan maruah diri dan nilai individu dengan menjadikan individu tersebut umpama objek yang boleh diperlakukan sebagaimana yang dikehendaki oleh pelaku penyeksaan. b. Penyeksaan dilarang sama sekali oleh mana-mana agama dan dianggap tidak bermoral. c. Penyeksaan memberikan kesan buruk jangka masa panjang kepada mangsa dan juga pelaku penyeksaan dari segi fizikal dan mental. Selain mengalami kecederaan atau kecacatan fizikal, kebiasaannya mereka akan mengalami Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD). Sesetengah kejadian penyeksaan juga boleh menyebabkan kematian. d. Penyeksaan boleh dilakukan ke atas mana-mana individu yang ditahan atas alasan menjalankan siasatan. 47. Tindakan penyeksaan ke atas OKT akan memaksa OKT bercakap benar? Pernyataan ini BENAR atau SALAH? a. Benar b. Salah 48. Pegawai penguatkuasa di Malaysia berhak menggunakan kekerasan fizikal dan penyeksaan dalam menjalankan siasatan sekiranya melibatkan perkara yang menjejaskan keselamatan negara. Pernyataan ini BENAR atau SALAH? a. Benar b. Salah 49. Pegawai penguatkuasa hendaklah dihukum atas tindakan penyeksaan yang beliau lakukan walaupun dia bertindak atas arahan pegawai atasan. Pernyataan ini BENAR atau SALAH? a. Benar b. Salah 168 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات