MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Artikel 18 Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama; hak ini termasuklah kebebasan menukar agama atau kepercayaan, dan kebebasan, samada secara berseorangan atau secara bersama dengan orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, untuk menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan. Artikel 19 Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berpendapat dan bersuara; hak ini termasuklah kebebasan menyatakan pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa sempadan. Perkara 20 1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. 2. Tiada seseorang pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan. Artikel 21 1. Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas. 2. Setiap orang adalah berhak kepada peluang saksama kepada perkhidmatan awam dalam negaranya. 3. Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah dilahirkan melalui pilihan raya berkala dan tulen yang seharusnya diadakan melalui pengundian sejagat dan saksama dan diadakan secara undi sulit atau melalui prosedur pengundian bebas yang serupa. Artikel 22 Setiap orang sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial dan berhak menjadikannya suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antarabangsa dan menurut organisasi dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang sangat diperlukan bagi maruahnya dan perkembangan bebas keperibadiannya. Artikel 23 1. Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan memuaskan baginya dan kepada perlindungan daripada pengangguran. 2. Setiap orang, tanpa sebarang diskriminasi, berhak menerima gaji yang setimpal dengan kerja. 3. Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada ganjaran yang adil dan memuaskan baginya untuk menjamin diri dan keluarganya suatu kehidupan yang setimpal dengan maruah seorang manusia, dan ditambah, jika perlu, oleh perlindungan sosial yang lainnya. 109 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات