MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN II: KEBEBASAN ASASI
Perkara 5: Kebebasan Diri
1. Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali
mengikut undang-undang.
2. Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah
Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undangundang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika
mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan
supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
3. Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera
yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding
dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
4. Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa
kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua
puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke
hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa
kebenaran majistret itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan
mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan
dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan
telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari Hari Merdeka.
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain
seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang
berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan
“tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh
dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)” telah
digantikan dengan perkataan “dalam tempoh empat belas hari”.
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu
kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah syariah, sebutan dalam Fasal ini
mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai hakim
mahkamah syariah.
5. Fasal 3 dan 4 tidak dipakai terhadap musuh negara.
Perkara 6: Keabdian dan Kerja Paksa Dilarang
1. Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
2. Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undangundang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud
negara.
3. Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat
daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah
dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau
100
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات