MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Protokol Pilihan (optional protocol) - triti yang mengubah triti lain dengan menambahkan prosedur atau peruntukan tambahan. Ia disebut ‘pilihan’ kerana negara yang telah meratifikasi perjanjian asal dapat memilih sama ada untuk meratifikasi perubahan yang dibuat dalam protokol. Ratifikasi - proses di mana badan perundangan negara mengesahkan tindakan kerajan menandatangani sesuatu triti; prosedur rasmi di mana sesebuah negara terikat dengan triti setelah meratifikasinya dan negara tersebut menjadi negara ahli kepada triti berkenaan. Reservasi – satu pernyataan yang dibuat oleh negara di mana ia bermaksud mengecualikan atau mengubah kesan undang-undang sesuatu peruntukan dalam triti yang diterapkan kepada Negara tersebut. Dengan reservasi membolehkan negara untuk menyertai triti yang mengandungi sesetengah peruntukan yang tidak dipersetujuinya. Negara boleh membuat reservasi untuk triti ketika mereka menandatangani, meratifikasi, menerima, menyetujui atau aksesi kepada triti tersebut. Reservasi dutadbir di bawah Konvensyen mengenai Undangundang Triti, dan tidak boleh bertentangan dengan objektif dan tujuan triti. Reservasi tidak boleh dilaksana sekiranya (a) reservasi dilarang oleh triti; atau (b) triti tersebut menyatakan bahawa hanya reservasi tertentu yang dapat dibuat dan ini tidak termasuk reservasi yang dimaksudkan. Negara ahli yang lain boleh mengemukakan bantahan atas reservasi sesebuah negara ahli. Reservasi boleh ditarik sepenuhnya atau sebahagian oleh negara ahli pada bila-bila masa. Rukun Negara - adalah perisytiharan falsafah kebangsaan Malaysia yang diumumkan pada 31 Ogos 1970, sebagai reaksi kepada insiden rusuhan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969. Ia dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ia menggariskan lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang; dan, Kesopanan dan Kesusilaan. Sejagat - Prinsip bahawa semua hak asasi manusia dimili oleh semua individu di semua negara dan masyarakat di dunia. Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) adalah suruhanjaya berfungsi dalam kerangka keseluruhan PBB dari tahun 1946 sehingga digantikan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2006. Tindakan afirmitif - tindakan yang diambil oleh kerajaan atau pihak swasta untuk menebus diskriminasi masa lalu contohnya diskriminasi dalam pendidikan dan diskriminasi terhadap golongan tertentu contohnya wanita, bangsa, kumpulan etnik, agama atau kecacatan tertentu. Tindakan afirmatif adalah salah satu cara untuk memberikan keadilan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik. Tindakan afirmatif harus dilihat sebagai langkah sementara sehingga kesaksamaan tercapai. Totalitarian – suatu sistem pemerintahan yang berpusat dan berbentuk diktator di mana rakyat perlu tunduk sepenuhnya kepada kerajaan. Triti antarabangsa - (digunakan secara sinonim dengan konvensyen dan kovenan); perjanjian rasmi antara negara yang menentukan dan mengubah tugas dan tanggungjawab bersama. 178 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات