MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
12. Berdasarkan kepada situasi di atas, siapakah pemegang hak (rights holder) dan pemikul
tanggungjawab (duty bearer) dari segi hak asasi manusia?
a. pemegang hak- kerajaan : pemikul tangungjawab - peserta perhimpunan
b. pemegang hak- anggota polis : pemikul tangungjawab - peserta perhimpunan
c. pemegang hak- anggota polis dan peserta perhimpunan : pemikul tangungjawab
- kerajaan
d. pemegang hak – pencetus provokasi : pemikul tangungjawab - kerajaan
13. Apakah hak asasi manusia yang terlibat dalam situasi di atas?
a. Hak berhimpun secara aman dan hak kepada nyawa dan keselamatan
b. Hak mencetuskan provokasi
c. Hak mendapatkan peruntukan yang mencukupi
d. Hak menyuarakan bantahan secara agresif
14. Apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan hak anggota polis
dilindungi dalam situasi di atas?
i. Memberikan latihan berkala kepada anggota polis sebelum memberi penugasan
ii. Membekalkan peralatan keselamatan yang mencukupi kepada anggota polis
iii. Menyediakan perancangan yang rapi sebelum operasi termasuk dari segi
keselamatan anggota
iv. Memastikan mereka yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan dihukum
a. i, ii dan iii
b. i dan iii
c. i, ii, iii dan iv
d. ii, iii dan iv
15. Dalam situasi di atas, apakah hak asasi anggota polis yang telah dicabuli?
a. Hak kepada waktu rehat
b. Hak kepada elaun kerja yang lebih
c. Hak kepada keselamatan diri dan keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah
d. Hak kepada peruntukan yang mencukupi
Bagi soalan 16 sehingga 20, pilih sama ada pernyataan berikut benar atau salah berdasarkan
kepada konsep hak asasi manusia.
16. Seorang anggota polis yang dituduh mengambil rasuah harus dilayan dan dianggap
tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
a. Benar
b. Salah
17. Anggota polis boleh diarahkan bekerja secara berterusan tanpa sebarang pertimbangan
waktu rehat kerana mereka tidak mempunyai hak kepada waktu rehat.
a. Benar
b. Salah
18. Antara hak asasi anggota polis adalah memastikan penjenayah dihukum.
a. Benar
b. Salah
19. Pegawai polis sebagai agen negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan
hak asasi individu dilindungi, dihormati dan dipenuhi melalui penguatkuasaan undangundang secara adil dan saksama.
a. Benar
b. Salah
163
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات