MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 3.8 Apabila seseorang kanak-kanak disyaki, mereka tidak boleh sesekali disoal atau diminta untuk membuat sebarang pernyataan atau menandatangani sebarang dokumen yang berkaitan dengan kesalahan yang disyaki tanpa kehadiran dan bantuan seorang peguam, dan, secara prinsipnya, seorang dewasa yang dipercayai oleh kanak-kanak tersebut bertindak sebagai perantara. Kanak-kanak tidak boleh mengenepikan hak mereka untuk diwakili peguam. 3.9 Penemubual patut sedar bahawa sesetengah tingkah laku boleh meningkatkan kerentanan seseorang dan memastikan mereka tidak menjejaskan respons orang yang ditemubual. Ini termasuklah: a. Mudah dipengaruhi, di mana orang yang ditemubual, terutamanya kanak-kanak dan orang yang mempunyai ketidakupayaan psikososial atau intelek, mudah goyah dan mudah rentan apabila ditanya soalan memimpin atau mengelirukan atau tertakluk kepada tekanan mengandungi pertanyaan dan penipuan, yang mungkin membawa kepada maklumat salah atau tidak boleh dipercayai. b. Keakuran, iaitu kecenderungan untuk menjawab ‘ya’ tanpa berfikir, selalunya supaya temubual berakhir secepat yang boleh. c. Pematuhan, iaitu apabila orang yang ditemubual bercakap perkara yang difikirkan mahu didengar oleh penemubual supaya mendapat respons yang positif dan mengelak ketaksetujuan atau layanan buruk. 3.10 Individu mungkin berada dalam situasi kerentanan disebabkan prejudis institusi, diskriminasi, atau kurang kesedaran, latihan atau kemudahan yang sesuai. Kegagalan ini boleh memberi kesan terhadap struktur dan dasar institusi, dan/atau pertimbangan dan tindakan individu. Menilai dan Menangani Situasi Kerentanan Tinggi 3.11 Pihak berkuasa patut melaksanakan perlindungan yang dipertingkatkan dan langkah yang direka khas untuk menangani keperluan tertentu dan hak seseorang dalam situasi kerentanan tinggi, khususnya yang berkaitan dengan hak tanpa-diskriminasi dan perlindungan daripada paksaan menginkriminasi diri sendiri. Ini mungkin memerlukan pemakaian perlindungan undang-undang dan prosedur yang berbeza. 3.12 Sebelum menjalankan temubual, pihak berkuasa patut menilai sama ada orang yang ditemubual mungkin berada dalam keadaan rentan, dan sama ada mereka memerlukan perhatian khas. Jenis tindakan yang diambil memerlukan tindak balas yang fleksibel dan yang telah disesuaikan. Penemubual dan pihak berkuasa relevan yang lain patut mempertimbangkan dan menentukannya mengikut kes, sama ada patut memanggil penemubual lain seperti seseorang daripada gender lain atau mempunyai latihan khusus, atau berunding dengan pakar tertentu. Sesetengah langkah patut dinyatakan dalam undang-undang, manakala yang lain bergantung pada pertimbangan penemubual. 3.13 Apabila menilai dan menangani keperluan orang yang ditemubual, penemubual patut meminimumkan soalan dan perbincangan mengenai kejadian tersebut. Ini membantu mengelakkan daripada mencemarkan atau mengubahsuai memori orang yang ditemubual sebelum menyoal secara rasmi. 148 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات