MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Asas Etika Profesional
1.30 Penemubual yang berkesan patut mematuhi piawaian etika yang tertinggi. Kawal
selia profesional bagi penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa lain yang
mengumpul maklumat, misalnya kod etika dan tatatertib profesional, menyatakan
tujuan, nilai dan jangkaan tingkah laku yang wajar. Piawaian profesional ini patut
mengawal semua aspek tugas seorang pegawai, termasuk temubual, sesuai dengan
kewajipan undang-undang antarabangsa.
1.31 Komitmen untuk menjalankan temubual yang beretika patut membimbing manamana penemubual. Mereka tidak patut mengorbankan prinsip demi kepentingan
walaupun terdapat tekanan hebat untuk melakukan sebaliknya (misalnya masa yang
terhad atau mahukan hasil). Dalam menggunakan kuasa ketika menggunapakai
undang-undang, penemubual patut mensasarkan untuk mendapatkan hasil yang
kukuh, yang boleh dipertahankan, yang mampu berhadapan dengan pemantauan
etika, kehakiman dan masyarakat awam.
1.32 Kod etika profesional bagi pegawai penguatkuasa undang-undang menekankan
kepentingan rasa hormat, keadilan dan kejujuran sebagai asas semua temubual:
a. Hormat termasuk menghormati undang-undang, maruah seseorang, dan integriti
proses pengumpulan maklumat. Ia juga termasuk menghormati autonomi individu,
termasuk hak setiap orang yang ditemubual untuk memilih sama ada hendak
bercakap atau tidak.
b. Keadilan bermakna penemubual melayan orang yang ditemubual dengan adil,
tanpa pilih kasih atau diskriminasi. Keadilan ialah bertindak dengan kawalan
kendiri dan profesionalisme pada setiap masa, walaupun menghadapi provokasi,
dan mengenepikan semua pendapat peribadi.
c. Kejujuran bermaksud ikhlas dan tulus mengendalikan orang yang ditemubual.
Penemubual tidak memanipulasi atau menipu orang yang ditemubual dengan
penipuan, tanggapan salah, penyataan yang berlebih-lebih, separuh benar atau
lain-lain lagi.
1.33 Pada setiap masa, pegawai dikehendaki menggunakan kuasa kerajaan secara sah,
adil dan bertanggungjawab. Sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang,
yang dilakukan dalam kapasiti rasmi, ialah suatu penyalahgunaan kuasa. Tindakan
tidak beretika, seperti menipu dan memanipulasi, juga boleh dikatakan suatu
penyalahgunaan kuasa.
1.34 Penemubual mempunyai tanggungjawab etika untuk menggunapakai kaedah
yang paling berkesan yang tersedia bagi melindungi hak dan maruah orang yang
ditemubual serta integriti proses. Penemubual mempunyai tanggungjawab yang
sepadan untuk menolak taktik paksaan, kerana ia memudaratkan orang yang
ditemubual, menjejaskan objektif mengumpulkan maklumat yang tepat dan boleh
menyebabkan perlanggaran hak asasi manusia.
132
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات