MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
b. Penggunaan senjata yang tidak membawa maut hendaklah selalu dinilai dan
dikawal dengan berhati-hati. Senjata api tidak boleh digunakan, kecuali bila
benar-benar perlu untuk tujuan yang sah dan hanya bila cara yang tidak terlalu
ekstrem tidak mencukupi untuk mencapai matlamat.
c. Penggunaan hukuman ke atas tubuh badan dan peralatan seperti rantai, rantai
kaki, dan tali pinggang pegun elektrik sememangnya menyakitkan dan/atau
menjatuhkan maruah serta sentiasa dilarang.
d. Peralatan dan teknik kawalan hanya boleh digunakan sebagai jalan terakhir;
hendaklah berdasarkan penilaian risiko individu; sekurang-kurangnya yang
paling tidak intrusif bagi mencapai matlamat keselamatan yang sah; kegunaan
mereka hendaklah dikawalselia undang-undang dan direkodkan – ia tidak boleh
digunakan sebagai hukuman dan hendaklah ditanggalkan sebaik sahaja tidak lagi
diperlukan.
e. Penyusunan dan penjagaan sistematik daftar pegawai yang dikemaskini dan rekod
semua orang yang dilucutkan kebebasannya.
f. Penggunaan kurungan asing hendaklah dikawalselia oleh undang-undang dengan
ketat. Ia hendaklah digunakan hanya dalam kes-kes luarbiasa sebagai jalan
terakhir, untuk jangka masa yang paling singkat, dan hanya dengan kebenaran
pihak berkuasa yang layak. Ia tidak boleh melebihi 15 hari berturut-turut dan
dilarang dikenakan ke atas orang yang mengalami ketidakupayaan psikososial,
kanak-kanak, dan wanita mengandung atau menyusukan anak.
g. Sanksi disiplin hendaklah sejajar dengan maruah manusia, mematuhi undangundang dan berkadaran, dikeluarkan menurut keperluan prosedur, dan direkodkan
sewajarnya.
1.22 Hak untuk kebebasan dan keselamatan peribadi memainkan peranan penting dalam
melindungi integriti fizikal dan mental semua orang. Hak untuk kebebasan ialah tiada
sesiapa yang boleh dikenakan tangkapan dan penahanan arbitrari. Amalan seperti
kehilangan paksa, penahanan rahsia, dan penahanan incommunicado (tanpa
kebenaran untuk berhubung dengan dunia luar) secara berpanjangan adalah
arbitrari dan dilarang secara mutlak pada setiap masa di bawah undang-undang
antarabangsa.
1.23 Orang yang ditemubual sebagai suspek atau tertuduh dalam prosiding jenayah selalu
terhalang kebebasannya. Pihak berkuasa hendaklah memastikan orang sedemikian
terus dilayan dengan perikemanusiaan dan menikmati layanan dan suasana tahanan
seperti yang ditetapkan mengikut standard undang-undang antarabangsa, termasuk
Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Layanan
terhadap Tahanan (Peraturan Nelson Mandela).
1.24 Sebarang penahanan, tangkapan atau perlucutan kebebasan hendaklah dibuat
mengikut undang-undang dan dilaksanakan mengikut asas dan prosedur yang
dinyatakan dengan jelas dalam perundangan dan konsisten dengan undangundang antarabangsa, seperti menurut waran kehakiman atau penentuan ‘sebab
kebarangkalian’ (probable cause). Mana-mana kejadian tangkapan dan perlucutan
kebebasan hendaklah dilaksanakan bila perlu sahaja, berkadaran dan sebagai
jalan terakhir. Sekadar menjalankan temubual atau melanjutkan penyiasatan tidak
memadai untuk menjadikannya alasan sah bagi pihak polis atau pihak berkuasa
kehakiman untuk melucutkan kebebasan seseorang.
130
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات