MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
PRINSIP-PRINSIP TEMUBUAL BERKESAN UNTUK PENYIASATAN DAN
PENGUMPULAN MAKLUMAT19
PRINSIP 1 – Asas Temubual yang berkesan ialah temubual yang berpandukan sains,
undang-undang dan etika.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Huraian
1.1 Dapatan daripada kajian-kajian saintifik empirikal, piawaian undang-undang
antarabangsa, dan tanggungjawab profesional berasaskan nilai merupakan asas
temubual yang berkesan. Apabila diterapkan dalam amalan, elemen-elemen asas
ini membolehkan penemubual mengumpulkan maklumat yang tepat dan boleh
dipercayai dalam masa yang sama melindungi hak asasi manusia.
Asas Saintifik
Kajian berkaitan amalan yang tidak berkesan
1.2 Kajian terkini oleh para profesional dan pengamal dari pelbagai disiplin - termasuk
psikologi, kriminologi, sosiologi, neurosains, dan perubatan – memberikan bukti penting
iaitu penggunaan paksaan, pada mulanya, boleh meningkatkan tentangan daripada
orang yang ditemubual dan, jika dilakukan secara berterusan, menyebabkan
pemberian maklumat palsu atau pengakuan palsu. Kajian kes dan penilaian sejarah
menunjukkan bahawa penggunaan paksaan boleh menyebabkan tindak balas
negatif dengan menghalang pengumpulan maklumat berfakta. Lebih-lebih lagi,
kajian dalam neurosains menunjukkan bahawa teknik paksaan akan mengganggu
dan boleh merosakkan keupayaan otak untuk mengingati kembali memori.
1.3 Kajian telah membuktikan bahawa teknik temubual yang lemah menyebabkan
penerimaan maklumat yang tidak boleh dipercayai dan pengakuan palsu kerap
berlaku. Teknik sebegitu menyebabkan sabitan dan risikan yang salah di seluruh dunia,
sehingga menjejaskan objektif dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang
dan pengumpulan risikan.
1.4 Bukti saintifik menunjukkan bahawa penggunaan kaedah temubual secara paksaan
lebih berkemungkinan mengurangkan kecenderungan orang yang ditemubual
untuk bekerjasama semasa temubual dan menimbulkan tentangan dari pihaknya,
walaupun pada awalnya dia mungkin mahu menjawab soalan. Dalam kes di mana
penemubual yang dianiaya memenuhi tuntutan penemubualnya, maklumat yang
diberikan diragui kesahihannya, kerana maklumat palsu atau mengelirukan sering
diberikan untuk menenangkan penemubual dan mengelakkan atau menghentikan
ancaman penyalahgunaan.
Prinsip ini dihasilkan pada Mei 2021 dengan usaha Anti-Torture Initiative, Association for the Prevention of Torture (APT), dan Norwegian Centre for Human Rights. Terjemahan ke Bahasa Melayu ini diusahakan oleh APT dan
boleh diakses di https://www.apt.ch/en/resources/publications/new-principles-effective-interviewing-investigations-and-information. Sedikit pindaan dibuat kepada terjemahan untuk tujuan cetakan modul ini.
19
126
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات