MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi
orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang
sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau
di sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau
pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa
hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam
pemilihan itu;
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang
bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari
Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam
Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.
Perkara 9: Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak
1. Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke
Persekutuan.
2. Tertakluk kepada Fasal 3 dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman
awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak
bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana
bahagiannya.
3. Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah
Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh
melalui undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan
Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal 2 berkenaan dengan
pergerakan dan kemastautinan.
Perkara 10: Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan
1. Tertakluk kepada Fasal 2, 3 dan 4:
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
2. Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal 1, apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain,
ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk
melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk
membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian
apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal 1, apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan
atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal 1, apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
102
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات