MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
MODUL 4:
APLIKASI PRINSIP HAK ASASI MANUSIA DALAM
SIASATAN POLIS
KANDUNGAN
Nota Rujukan Tenaga Pengajar
1. Tahan dan Periksa
Aktiviti 1: Senario pemeriksaan dan penggeledahan
Aktiviti 2: Lakonan situasi
2. Penangkapan
a. Panduan umum penggunaan senjata api
Aktiviti 3: Senario tangkapan
Aktiviti 4: Perbincangan dan pembentangan
3. Penahanan
a. Prinsip umum berkaitan penahanan wanita
b. Prinsip umum berkaitan penahanan kanak-kanak
c. Prinsip umum berkaitan penahanan Orang Kurang Upaya
Aktiviti 5: Penahanan sah
Aktiviti 6: Penempatan Orang Kena Tangkap (OKT)
Aktiviti 7: Penahanan kanak-kanak: perlu atau tidak?
4. Soal siasat
Aktiviti 8: Syor Suruhanjaya Siasatan Polis
PENDAHULUAN:
Tanggungjawab polis adalah untuk mencegah jenayah dan menyiasat sesuatu jenayah
yang telah berlaku agar penjenayah dapat dipertanggungjawabkan atas jenayah yang
dilakukan. Dalam menjalankan tugasan tersebut, pasukan polis diberikan pelbagai kuasa
untuk menjalankan siasatan yang melibatkan beberapa peringkat seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
Pemeriksaan dan penggeledahan
Penangkapan
Penahanan
Soal siasat
Kuasa dan proses siasatan tersebut sudah semestinya akan mengehadkan hak asasi
manusia. Walau bagaimanapun, pengehadan itu adalah sesuatu yang perlu untuk
tujuan pencegahan jenayah. Apa yang penting adalah untuk memastikan bahawa kuasa
dan proses siasatan tersebut diguna dan dijalankan secara sah, berkadaran, mengikut
keperluan dan penuh kebertanggungjawaban agar ia tidak menjadi satu pelanggaran
hak asasi manusia.
Modul ini memperkenalkan panduan umum dalam melaksanakan proses siasatan polis
agar selari dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia. Modul ini juga memperkukuhkan lagi
aplikasi PLAN dalam tugasan kepolisan.
54