MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Kaedah pelaksanaan a. Setiap peserta diminta untuk mengingati 2 contoh pengalaman mereka sendiri atau pengalaman orang lain yang mereka pernah dengar di mana hak asasi manusia sebagai anggota atau pegawai polis dihormati atau dilindungi dan 2 contoh di mana hak asasi mereka tidak dihormati atau dilindungi. b. Selepas itu, di dalam kumpulan seramai 5 – 8 orang, bincangkan pengalamanpengalaman tersebut dan pilih antara pengalaman-pengalaman tersebut 2 pengalaman positif dan 2 pengalaman negatif. Tulis kedua-dua kategori contoh yang dipilih tersebut pada kertas mahjong. c. Contoh yang diberikan mestilah jelas dan spesifik serta menghuraikan satu amalan pasukan, perintah, situasi sebenar atau senario/kes seperti: • • “Minggu lepas saya dipanggil oleh ketua saya dan dia memanggil saya dengan panggilan…….” “Ketua saya tidak mengambil berat tentang keperluan pekerja di mana dia....”. d. Kemudian bentangkan contoh pengalaman tersebut dengan menjelaskan perkara berikut: • • • Kenapa ia dianggap melindungi atau melanggar hak asasi manusia? Kenapa situasi tersebut boleh berlaku? Apakah cadangan untuk mengelakkan atau menambahbaik situasi tersebut? e. Tenaga pengajar menggalakkan perbincangan di kalangan peserta dengan soalansoalan seperti adakah pengalaman tersebut turut dikongsi oleh peserta lain dan apakah tindakan mereka jika berada dalam situasi tersebut dan sebagainya. Akhir sekali tenaga pengajar merumuskan aktiviti tersebut berdasarkan kepada nota rujukan. 38 

اختر الفقرة المستهدفة3