MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Hak kepada perbicaraan yang adil
Artikel 10 dan 11 UDHR
Artikel 20 ADHR
Artikel 14 dan 15 ICCPR
Hak untuk berpersatuan
Artikel 20 UDHR
Artikel 27 ADHR
Artikel 22 ICCPR
Jika seseorang anggota atau pegawai
polis menghadapi dakwaan atas tindakan
yang dilakukan semasa bertugas sebagai
penguatkuasa, beliau mempunyai hak kepada
perbicaraan yang adil.
Ini termasuklah hak untuk dimaklumkan
berkenaan pertuduhan, hak untuk membela
diri merangkumi hak untuk berdiam diri,
bantuan perundangan, anggapan tidak
bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya dan
semakan semula keputusan oleh badan yang
bebas.
Sepertimana agensi atau organisasi yang
lain, aspek kebajikan perlu dititikberatkan
oleh majikan agar motivasi para pekerja
sentiasa berada di tahap yang tinggi. Melalui
persatuan, pegawai dan anggota polis boleh
mengutarakan isu-isu atau masalah yang
dihadapi dengan lebih berkesan.
Hak kepada privasi dan perlindungan Mempunyai hak kepada privasi yang
data peribadi
munasabah di pejabat dan dalam kehidupan
peribadi. Antara isu yang sensitif ialah risikan
Artikel 12 UDHR
di tempat kerja termasuklah pemantauan
telefon dan email, pemeriksaan air kencing,
Artikel 21 ADHR
pengambilan sampel DNA dan cap jari.
Artikel 17 ICCPR
Kebebasan bersuara dan memberikan Sekatan terhadap kebebasan bersuara
pandangan
pegawai dan anggota polis perlu berkadaran
serta mempunyai justifikasi yang sah dari segi
Artikel 19 UDHR
undang-undang. Dalam masa yang sama,
mereka masih mempunyai hak bersuara
Artikel 23 ADHR
yang terhad dalam menentukan sebarang
keputusan yang memberikan kesan kepada
Artikel 19 ICCPR
diri mereka.
waktu kerja biasa mana-mana pekerja tidak boleh melebihi 40 jam seminggu; (b) waktu kerja harian tidak boleh
melebihi 8 jam sehari bagi pekerja yang menjalankan tugas pentadbiran; dan tugas syif akan dilakukan sama ada
dalam syif 8 jam atau 12 jam.
India
Di India, tiada undang-undang khusus berkaitan waktu bekerja untuk polis. Walau bagaimanapun, Perlembagaan
di bawah Perkara 42, “Prinsip Arahan Dasar Negara” secara khusus mempertanggungjawabkan negara untuk
membuat peruntukan untuk memastikan ‘keadaan pekerjaan yang adil dan berperikemanusiaan’.
35