MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Perisytiharan Tokyo - merupakan garis panduan untuk Ahli Perubatan Berkaitan Penyeksaan dan Layanan serta Hukuman yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah Berhubung Dengan Penahanan dan Pemenjaraan. Ia mengandungi 10 artikel dan diterimapakai pada Perhimpunan Perubatan Dunia ke-29 di Tokyo, Jepun dalam bulan Oktober 1975. Perlembagaan Persekutuan – undang-undang tertinggi Malaysia yang tunggak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 kemudiannya Malaysia pada 16 September 1963. Ia mengandungi 15 183 perkara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Persekutuan adalah terbatal. mana menjadi Ogos 1957 dan bahagian dan Perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - sebuah organisasi antara kerajaan antarabangsa (IGO) yang ditubuhkan pada tahun 1945 setelah Perang Dunia Kedua dengan tujuan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mengembangkan hubungan persahabatan di antara negara-negara dan mempromosikan kemajuan sosial, taraf hidup yang lebih baik dan hak asasi manusia. Piagam Madinah – Piagam Madinah dikodifikasikan pada tahun 622 M di kota Madinah oleh Nabi Muhammad (saw) setelah baginda berhijrah daripada Mekah ke Madinah kerana diskriminasi dan penyeksaan yang dilakukan terhadap Orang Islam di Mekah. Ia juga merupakan Perlembagaan Madinah yang menentukan hak dan kewajipan warganegara serta kesaksamaan atas dasar tanpa diskriminasi. Beberapa artikel awal Piagam memperakui undang-undang adat sedia ada yang diamalkan oleh kabilah yang ada di Madinah. Artikel selebihnya dalam Piagam menentukan hak, tanggungjawab penduduk tempatan dan pendatang dan garis panduan umum. Sebilangan besar artikel mengetengahkan prinsipprinsip tiada diskriminasi. Piagam PBB – perjanjian yang menjadi asas kepada penubuhan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Ia diterimapakai sebulat suara pada 25 Jun 1945 dan menetapkan hak dan kewajiban Negara Anggota serta membentuk organ dan prosedur PBB. Prinsip Paris - adalah standard minimum antarabangsa untuk NHRI yang efektif dan berkredibiliti. Ia menetapkan bahawa NHRI perlu mempunyai kebebasan dari segi operasi, keanggotaan, operasi, dasar dan kawalan sumber. NHRI yang memenuhi piawaian Prinsip Paris sepenuh diakreditasi sebagai status ‘A’ manakala NHRI yang mematuhi sebahagian daripada Prinsip Paris diakreditasi dengan status ‘B’. NHRI yang berstatus ‘A’ mempunyai hak yang bebas untuk menyertai sesi Majlis Hak Asasi Manusia PBB, badan-badan subsidiarinya dan beberapa badan dan mekanisme Perhimpunan Agung PBB. Mereka layak untuk menjadi anggota Global Alliance of NHRI (GANHRI) sepenuhnya, termasuk hak untuk memilih dan memegang jawatan tadbir urus. NHRI yang diakreditasi dengan status ‘B’ boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat GANHRI tetapi tidak dapat memilih atau memegang jawatan tadbir urus. Prinsip Wilayah dan Bendera (Territorial and Flag Principle) – Prinsip wilayah bermaksud negara mempunyai kuasa eksklusif menangani jenayah yang berlaku di dalam wilayahnya manakala Prinsip bendera bermaksud negara mempunyai bidangkuasa ke atas manamana kapal/kapalterbang yang berdaftar di negaranya. 177 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات