MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
UJIAN KEFAHAMAN KURSUS
Modul 1: Pengenalan kepada konsep hak asasi manusia
1. Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang hak asasi manusia?
a. Semua hak asasi manusia adalah mutlak
b. Hak asasi manusia adalah hak yang secara fitrahnya dimiliki setiap manusia tanpa
mengira sebarang perbezaan yang wujud antara manusia
c. Hak asasi manusia ini saling berkaitan, saling bergantung dan tidak boleh dibahagikan
d. Hak asasi manusia menjadikan individu sebagai ‘pemegang hak’ manakala negara
sebagai ‘pemikul tanggungjawab’
2. Antara berikut, yang manakah kepentingan hak asasi manusia?
i. melindungi dan membantu mengatasi diskriminasi dan peminggiran
ii. memastikan negara tidak meminggirkan golongan rentan
iii. memastikan kefahaman versi Barat mengenai hak asasi manusia diterima di seluruh
dunia
iv. mewujudkan mekanisme pemantauan ke atas negara-negara
a. i dan ii
b. i, iii dan iv
c. i, ii dan iv
d. iii dan iv
3. Antara berikut yang manakah menjelaskan dengan tepat berkaitan Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat (UDHR)?
i. UDHR adalah satu piawaian menetapkan hak asasi manusia yang standard untuk
semua negara
ii. UDHR mempunyai 30 Artikel di mana Artikel 29 menekankan bahawa setiap individu
mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan sekatan yang munasabah
boleh dikenakan ke atas hak asasi manusia
iii. UDHR diterimapakai oleh PBB pada 10 Disember 1948 dan menjadi pemangkin
kepada kemerdekaan bagi negara-negara yang dijajah
iv. UDHR terhasil akibat daripada pengalaman akibat Perang Dunia Kedua.
a. i dan ii
b. i, ii dan iii
4.
c. i dan iv
d. i, ii, iii dan iv
Kenapakah UDHR dihasilkan?
a. Kesan daripada perang saudara.
b. Pengaruh Eleonar Roosevelt yang menggesa UDHR diterimapakai PBB
c. Kerana Liga Bangsa-Bangsa telah gagal melindungi hak asasi manusia
d. Untuk menjelaskan konsep hak asasi manusia dalam piagam PBB
5. Apakah maksud konsep ‘margin of appreciation’ dalam pelaksanaan tanggungjawab
negara terhadap hak asasi manusia?
a. Negara berhak melaksanakan apa-apa sahaja mengikut budibicaranya
b. Negara diberikan ruang munasabah untuk menentukan sekatan kepada hak asasi
manusia mengikut nilai dan tradisi perlembagaan serta undang-undang selaras
Artikel 29 UDHR.
c. Negara bertanggungjawab memastikan hak asasi manusia dilindungi, dihormati
dan dipenuhi dalam semua keadaan
d. Negara harus dihakimi sekiranya gagal melindungi atau melanggar hak asasi
manusia rakyat mereka
161
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات