MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA - Lautsi lawan Itali:1 o Dalam kes ini, Kerajan Itali berjaya membatalkan permohonan Lautsi kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah agar lambang salib di dalam bilik darjah anak beliau ditanggalkan dengan alasan ia adalah pelanggaran kebebasan beragama dan prinsip sekularisme. Mahkamah menerima penjelasan kerajaan Itali bahawa kehadiran salib di bilik darjah merupakan kesinambungan perkembangan sejarah Itali yang dianggap penting untuk dikekalkan. o Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada 18 Mac 2011 telah memutuskan bahawa peruntukan dalam undang-undang Itali yang mewajibkan lambang salib digantung di dalam bilik darjah sekolah tidak melanggar Konvensyen Eropah Mengenai Hak Asasi Manusia. Mahkamah berpendapat bahawa keputusan untuk mengekalkan tradisi atau tidak, berada di dalam ruang lingkup ‘margin of appreciation’. o Oleh itu, Mahkamah bersetuju bahawa kerajaan menikmati ‘margin of appreciation’ untuk mengharmonikan pelaksanaan tanggungjawab berkaitan dengan pendidikan dengan menghormati hak ibu bapa bagi memastikan pendidikan dan pengajaran tersebut sesuai dengan fahaman mereka. - Dahlab lawan Switzerland:2 o Dalam kes ini, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menolak saman yang dikemukakan oleh Dahlab, seorang guru sekolah rendah di Switzerland berhubung larangan pihak sekolah daripada beliau memakai tudung semasa menjalankan tugas mengajar dengan alasan ia melanggar prinsip neutraliti di dalam sekolah walaupun tiada aduan diterima daripada ibu bapa atau murid. o Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada 15 Februari 2001 menegaskan bahawa pihak berkuasa Geneva tidak melampaui ‘margin of appreciation’ dalam menilai keperluan campur tangan ke atas kebebasan guru untuk memanifestasi agamanya dalam melindungi murid untuk menerima pendidikan tanpa pengaruh agama. o Oleh itu, campur tangan tersebut dianggap wajar dan berkadaran untuk melindungi kebebasan orang lain sebagaimana dalam batasan Perkara 9 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.3 Lautsi v. Italy, App. No. 30814/06, 2011 ECtHR (G.C.). Boleh diakses di pautan berikut https://hudoc.echr.coe.int/ app/conversion/pdf/?library=ECHR&id=001-104040&filename=001-104040.pdf 2 Dahlab v. Switzerland, App. No. 42393/98, 2001 ECtHR. Boleh diakses di pautan berikut: http://hudoc.echr.coe. int/eng?i=001-22643 3 Article 9 ECHR: 1. Setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama; hak ini merangkumi kebebasan untuk menukar agamanya atau kepercayaan dan kebebasan, sama ada bersendiri atau dalam komuniti dengan orang lain dan secara terbuka atau privasi, untuk memanifestasikan agama atau kepercayaannya, dalam ibadah, pendidikan, pengamalan dan kepatuhan. 2. Kebebasan untuk memanifestasi agama atau kepercayaan seseorang adalah hanya tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh undang-undang dan perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan keselamatan awam, untuk perlindungan ketenteraman awam, kesihatan atau moral, atau untuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain. 1 7 

اختر الفقرة المستهدفة3