MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Artikel 17: Hak memiliki harta Artikel 18: Hak beragama Artikel 19: Hak bersuara dan mengeluarkan pendapat Artikel 20: Hak berhimpun dan berpersatuan Artikel 21: Hak menyertai kerajaan, perkhidmatan awam dan pilihanraya Artikel 22: Hak kepada keselamatan sosial Artikel 23: Hak kepada pekerjaan Artikel 24: Hak kepada rehat dan masa lapang Artikel 25: Hak kepada taraf hidup yang memadai- makanan, pakaian, perumahan, perubatan Artikel 26: Hak kepada pendidikan Artikel 27: Hak menyertai kebudayaan Artikel 28: Hak kepada dunia yang adil dan bebas • UDHR juga menekankan tentang tanggungjawab individu kepada masyarakat dan sekatan terhadap negara, kumpulan dan individu daripada terlibat dalam sebarang aktiviti atau tindakan yang boleh memusnahkan hak dan kebebasan yang termaktub di bawah UDHR. • Artikel 29 menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kewajipan terhadap masyarakat dan sekatan yang munasabah boleh dikenakan ke atas hak asasi manusia melalui perundangan demi menjamin moral, ketenteraman awam dan kebajikan umum. • Artikel 30 menetapkan bahawa apa-apa artikel di dalam dokumen ini tidak boleh ditafsirkan untuk membenarkan sebarang aktiviti yang boleh menafikan manamana hak yang terdapat dalam dokumen tersebut. • Selain daripada UDHR, pelbagai organisasi lain antaranya Pertubuhan NegaraNegara Islam (OIC) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut menunjukkan komitmen mereka kepada hak asasi manusia dengan menghasil dan menerima pakai dokumen perisytiharan hak asasi manusia masing-masing. OIC menerima pakai Perisytiharan Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam (CDHRI) pada 5 Ogos 1990 manakala ASEAN menerima pakai Perisytiharan Hak Asasi Manusia ASEAN pada 18 November 2012. 5 

اختر الفقرة المستهدفة3