MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
4. Setiap orang adalah berhak untuk menubuhkan dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi
perlindungan kepentingan-kepentingannya.
Artikel 24
Setiap orang adalah berhak kepada rehat dan masa lapang, termasuk batasan masa
bekerja yang munasabah dan cuti gaji berkala.
Artikel 25
1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang mencukupi bagi kesihatan
dan kesejahteraan dirinya dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian,
perumahan dan rawatan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan hak
kepada perlindungan ketika berlakunya pengangguran, keuzuran, ketidakupayaan,
menjadi balu, lanjut usia atau lain-lain kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar
kawalannya.
2. Ibu dan anak adalah berhak kepada penjagaan serta bantuan khas. Semua kanakkanak, samada dilahirkan secara sah mahupun di luar nikah, akan menikmati
perlindungan sosial yang sama.
Artikel 26
1. Setiap orang adalah berhak kepada pendidikan. Pendidikan hendaklah diberikan
percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asas. Pendidikan peringkat
awal hendaklah diwajibkan. Pendidikan teknikal serta profesional hendaklah disediakan
untuk umum dan pendidikan tinggi hendaklah mempunyai akses yang saksama kepada
semua orang atas dasar kebolehan.
2. Pendidikan hendaklah disasarkan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian
manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan
asasi manusia, ianya hendaklah memupuk persefahaman, toleransi dan persahabatan
di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan agama, dan hendaklah
memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tujuan memelihara
keamanan.
3. Ibu-bapa mempunyai hak utama untuk memilih bentuk pendidikan yang akan diberikan
kepada anak-anak mereka.
Artikel 27
1. Setiap orang mempunyai hak secara bebas untuk mengambil bahagian dalam
kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan berkongsi kemajuan
sains dan faedah-faedahnya.
2. Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingan-kepentingan moral dan
kebendaan hasil daripada sebarang penghasilan sains, kesusasteraan atau kesenian
yang diciptanya.
110
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات