MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Aktiviti 3 : Perbincangan Kajian Kes Tujuan: Aktiviti ini bertujuan meneliti situasi di mana penyeksaan berlaku dan langkah pencegahan. Bahan: Kajian kes Tempoh masa: 30 Minit Kaedah pelaksanaan Bahagikan kepada enam kumpulan dan edar kajian kes serta bincangkan kajian serta langkah pencegahan kes tersebut. Situasi 1: Penahanan Enam pegawai polis menahan Encik K pada 5 Oktober 2020. Mereka melemparkan bom asap ketika memasuki flat Encik K dan memaksanya meniarap ke atas lantai. Mereka menggarinya dan menutup kepalanya dan kemudian membawanya ke balai polis untuk disoal siasat. Dia hanya dibenarkan menukar pakaian selepas dibawa ke lokap setelah 24 jam disoal siasat tanpa henti. Dia membuat permohonan untuk mendapatkan rawatan ketika di lokap tetapi permohonannya hanya dipenuhi pada hari ke-8 dia direman. Setelah diperiksa oleh doktor dan menjalani x-ray, didapati bahawa dia mengalami patah tulang rusuk. Situasi 2: Soal siasat Polis menahan Encik R kerana mengedar dadah. Encik R mendakwa bahawa pegawai polis menyoalnya secara kasar, menghina dan memukul dia berulang kali untuk memaksa dia mengaku mengedar dadah. Mereka memukul di kepala dan lengan kanan dan menendangnya di bahagian atas kaki dan pinggang. Mereka menarik rambutnya sehingga dia jatuh ke lantai dan menendangnya. Walau bagaimanapun, pegawai polis terlibat melaporkan bahawa Encik R terjatuh sendiri ketika berada di lokap. Kecederaan itu berlaku sebelum soal siasat dilakukan. Setelah dibebaskan, Encik R pergi ke hospital untuk pemeriksaan, di mana doktor memeriksa lebam di lengan kanannya. Tidak dapat dinafikan bahawa kecederaan Encik R dialami semasa dalam tahanan polis. Semasa penahanannya, dia sepenuhnya di bawah kawalan pegawai polis. Akibat kekurangan bukti, tidak ada pegawai polis yang didapati bersalah. Walaubagaimanapun, itu tidak membebaskan negara dari tanggungjawab untuk memberikan penjelasan yang munasabah mengenai kecederaan Encik R. Soalan Perbincangan 1. Berdasarkan situasi-situasi di atas, pada pandangan anda, adakah penyeksaan atau layanan yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah telah berlaku? Apakah tindakan-tindakan tersebut? 2. Kenapakah tindakan tersebut boleh berlaku? 3. Apakah yang langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan tindakan tersbeut daripada berlaku? 4. Apakah tindakan yang harus diambil apabila aduan berkenaan tindakan tersebut dibuat? 98 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات