APPENDIX II - THE COMMISSION’S PRESS STATEMENTS 2010 SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA PILIHANRAYA KECIL DI GALAS: SUHAKAM LANCAR KAUNTER ADUAN BERGERAK Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan memantau pilihan raya kecil DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November 2010. Untuk tujuan itu Kaunter Aduan Bergerak SUHAKAM akan beroperasi pada hari ini (Isnin, 25 Oktober 2010) di perkarangan Pejabat Tanah Gua Musang. Objektif utama pemantauan ini adalah bagi memastikan proses pilihan raya kali ini menghormati hak asasi manusia terutama sekali dalam kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, berpesatuan, akses kepada maklumat dan hak kepada keselamatan. Antara pihak yang akan dipantau termasuklah badan-badan berkuasa (Polis, RELA), media serta para pengundi manakala skop pemantauan adalah seperti berikut: i. Keganasan atau kekecohan ii. Intimidasi terhadap pengundi iii. Kekeliruan atau ketidakcekapan petugas di pusat mengundi iv. Kehadiran individu yang tidak dibenarkan di dalam pusat mengundi v. Kempen yang berterusan selepas masa yang ditetapkan untuk berkempen vi. Bahan kempen di dalam tempat mengundi vii. Masa operasi pusat mengundi viii. Kegagalan kakitangan yang telah dipertanggungjawabkan di pusat mengundi untuk mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) 141

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات