SUHAKAM
6.0
Pengenalan
Kumpulan Kerja Pendidikan, sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, telah
melaksanakan beberapa aktiviti semenjak 2002 sehingga 2008 seperti lawatan ke
komuniti Orang Asli, bengkel, seminar, mesyuarat, perbincangan meja bulat dan
program Outreach untuk mengetahui status hak pendidikan kanak-kanak Orang Asli.
Berdasarkan maklumat dan dapatan dari kesemua aktiviti dan program ini, SUHAKAM
mendapati masyarakat Orang Asli menghadapi masalah bagi mendapatkan pendidikan
yang berkualiti. Berikut adalah masalah-masalah yang telah dikenalpasti oleh
SUHAKAM:
6.1
Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Sekolah Orang Asli
6.1.1
Pengangkutan Ke Sekolah
Secara umumnya, pengangkutan adalah antara punca utama anak-anak Orang
Asli sering tidak hadir ke sekolah. Berikut adalah masalah pengangkutan yang
dikemukakan:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
Kenderaan yang sering lewat datang mengakibatkan anak
mereka kerap lewat sampai ke sekolah dan masuk kelas.
Apabila masuk lewat, mereka sering kali diejek oleh rakan
sekelas dan ini menjadi antara sebab mereka malu untuk pergi
ke sekolah.
Kenderaan yang disediakan kerap kali rosak. Masa untuk
membaiki kenderaan agak lama sehingga 2-3 hari. Ini
mengakibatkan mereka tidak hadir ke sekolah. Kadang-kala,
ibu bapa tidak dimaklumkan mengenai kerosakan kenderaan.
Oleh itu, mereka tidak mencari alternatif untuk menghantar
anak ke sekolah.
Kenderaan yang disediakan tidak dapat menampung bilangan
murid yang ramai menyebabkan murid terpaksa berhimpithimpit dan berdiri sepanjang perjalanan pergi dan balik
dari sekolah. Ini juga boleh menjejaskan keselamatan dan
keselesaan murid.
Pengangkutan dari Kampung Setawar dan Kampung Bawik
di daerah Kuala Betis, Kelantan tidak disediakan untuk murid
Tadika dan Prasekolah di SK Kuala Betis. Ini mengakibatkan
mereka terpaksa pergi awal dan pulang lewat kerana mengikut
bas yang mengambil dan menghantar murid-murid di sekolah
rendah.
Murid-murid dari Kampung Setawar dan Kampung Bawik
menyatakan mereka sukar menghadiri kelas tambahan,
kelas ganti dan aktiviti kokurikulum kerana tiada kenderaan
disediakan pada hari Sabtu atau pada sebelah petang.
45