LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
5.1.3
Perbincangan Meja Bulat – 2005
Kumpulan Kerja Pendidikan telah mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat
pada 25 Oktober 2005 untuk membincangkan isu-isu pendidikan hasil lawatan
ke perkampungan Orang Asli. Komuniti Orang Asli, agensi Kerajaan dan badan
bukan kerajaan telah dijemput ke perbincangan ini.
Antara isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:
•
•
•
•
•
•
5.1.4
Taraf sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli yang rendah mempengaruhi
peluang pendidikan mereka.
Tatacara pentadbiran hal Orang Asli dalam aspek pendidikan termasuk
ketelusan pemberian bantuan kepada Orang Asli oleh JHEOA.
Kaedah pendidikan arus perdana (mainstream) yang tidak bersesuaian
dengan tahap kefahaman, penggunaan bahasa serta budaya kanakkanak Orang Asli.
Motivasi ibu bapa dan tahap kesedaran ibu bapa untuk menghantar
anak ke sekolah.
NGO serta individu-individu yang bekerja dengan Orang Asli kurang
mendapat sokongan kewangan dan moral daripada kerajaan bagi
meneruskan inisiatif mereka di dalam komuniti Orang Asli.
Penempatan kanak-kanak Orang Asli di asrama sejak Tahun 1 kerana
jarak sekolah yang jauh daripada kawasan penempatan mereka.
Bengkel Outreach Pendidikan Orang Asli 2007- 2008
Sejak akhir tahun 2007 pula, Kumpulan Kerja Pendidikan mengadakan Program
Outreach Pendidikan Orang Asli. Program ini dijalankan bersama agensi Kerajaan
seperti JHEOA, Jabatan Pelajaran, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kebajikan dan
Jabatan Kesihatan. Negeri-negeri ini dipilih kerana mempunyai ramai komuniti
Orang Asli dan juga mempunyai banyak bilangan sekolah jika dibandingkan
dengan negeri-negeri yang lain. Sila rujuk Jadual 12 untuk perincian Bengkel
Outreach Pendidikan Orang Asli.
Jadual 12: Bengkel Outreach Pendidikan Orang Asli 2007-2008
Tempat
Negeri
Tarikh
Bilangan
Peserta
Kuala Gandah, Temerloh
Pahang
3 November 2007
350 orang
RPS Kuala Betis,Gua Musang
Kelantan
22 Februari 2008
530 orang
Sungai Tiang, Gerik
Perak
4-5 Julai 2008.
Jumlah
40
350 orang
1,230 orang