SUHAKAM 8.0    RUMUSAN Masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli bukanlah sesuatu yang baru. Masalahmasalah ini telah lama wujud dan berpanjangan. Kerajaan telah memperuntukkan berjuta ringgit pada setiap tahun kepada agensi yang terlibat untuk kesejahteraan masyarakat Orang Asli, tetapi masih wujud jurang yang besar dari segi pencapaian sosio-ekonomi, jika dibandingkan dengan masyarakat arus perdana. SUHAKAM sedar bahawa pihak berkuasa dan agensi-agensi yang berkenaan arif mengenai perkara-perkara ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalahmasalah ini. SUHAKAM berharap usaha dan langkah yang komprehensif dan sistematik dapat diambil oleh pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sering dibangkitkan oleh Orang Asli, terutamanya dalam sistem penyampaian perkhidmatan oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap pendidikan Orang Asli. SUHAKAM berhasrat agar hak asasi masyarakat Orang Asli terjamin dan masyarakat Orang Asli dapat menikmati hidup setaraf dengan rakyat Malaysia yang lain. 65

اختر الفقرة المستهدفة3