SUHAKAM
7. SYOR SUHAKAM
Pengenalan
Berikut adalah syor SUHAKAM berdasarkan maklumat yang diperolehi dari perbincangan
semasa bengkel, temu bual bersama masyarakat Orang Asli, agensi Kerajaan dan para
fasilitator serta maklumat dari lawatan-lawatan ke kampung, seminar dan perbincangan
meja bulat (yang telah dibentangkan dalam Bab 6).
7.1
Pengangkutan
i.
ii.
iii.
7.2
JHEOA dicadangkan dapat berusaha untuk menyelesaikan masalah
pengangkutan di kawasan yang terlibat dari segi menyediakan
jalan, kualiti kenderaan yang disediakan, kekerapan kebolehgunaan
pengangkutan, keselesaan dan keselamatan penggunaan pengangkutan
dan ketepatan masa. Ini bertujuan supaya isu pengangkutan tidak lagi
menjadi masalah berpanjangan dan berlarutan sehingga memberi
implikasi yang serius dalam mengatasi masalah kehadiran murid ke
sekolah.
JHEOA juga disyorkan supaya mewujudkan unit pengangkutan di
Jabatan sendiri memandangkan isu ini adalah antara punca ramai
kanak-kanak tidak hadir ke sekolah. Dengan tertubuhnya unit ini,
JHEOA akan lebih mudah memantau dan menguruskan pengangkutan
khasnya untuk murid Orang Asli di pedalaman.
Sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan,
SUHAKAM mengesyorkan agar KPM menyediakan lebih banyak
sekolah yang berkonsepkan K9 seperti di SK Bandar Baru 2 Paloh Hinai,
Pekan, Pahang atau Projek Sekolah Baling di mana murid-murid akan
bersekolah di sekolah yang sama dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3.
Pemerolehan Dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
i.
JHEOA dicadangkan supaya menjalankan lebih banyak ’ Operasi Sijil
Kelahiran dan Kad Pengenalan’ seperti yang dijalankan di Gua Musang,
Kelantan dan Grik, Perak. Operasi tersebut berjaya mengurangkan
kanak-kanak Orang Asli yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad
pengenalan.
59