Soalan mengenai kesejagatan:
• Berikan pendapat kamu tentang gambar ini (contoh: sedang bekerja, upacara
agama, penderaan, pesta dan lain-lain)
• Apa yang kamu lihat dalam gambar ini kaitkan dengan sesuatu yang kamu
pernah alami atau lihat?
• Nyatakan reaksi orang-orang di dalam gambar.
• Nyatakan perbezaan antara kehidupan kamu dengan mereka dalam gambar
tersebut dari segi nilai, keperluan, dan harapan dalam kehidupan.
• Nyatakan persamaan antara kamu dengan mereka dari segi nilai, harapan,
keperluan dan harapan dalam kehidupan.
• Nyatakan bukti terdapat isu penganiayaan, keistimewaan atau diskriminasi
berasaskan jantina, kaum atau status ekonomi.
Soalan mengenai maruah manusia:
• Adakah gambar ini menunjukkan maruah manusia?
• Bagaimana gambar ini akan berbeza jika diambil 10 tahun dahulu. Pada
pendapat kamu, adakah maruah manusia telah berubah?
• Jika ya, pada pendapat kamu apakah yang membawa kepada perubahan
itu?
• Adakah gambar ini menyumbang kepada usaha menghargai maruah
manusia?
• Apakah hubung kait maruah manusia dengan hak asasi manusia?
Aktiviti 2
Wakil kumpulan akan melekatkan gambar pada dinding dan murid berkumpul di
hadapan gambar.
Soalan:
• Apakah ciri-ciri persamaan yang terdapat di dalam gambar-gambar ini?
• Apakah ciri-ciri hak asasi yang terdapat dalam gambar-gambar?
• Berdasarkan gambar ini, apakah penyataan yang boleh kamu buat mengenai
“Maruah Manusia” dan “Hak Asasi Manusia”.
Arahan
1. Berikan arahan kepada para murid untuk berbincang dan menjawab soalan
yang disediakan.
2. Masa yang diperuntukkan adalah 40 minit.
3. Masa perbincangan secara kelas adalah 20 minit.
21
21