PENDENGARAN AWAM
13.
Bagi tujuan melaksanakan pendengaran awam, Panel telah memanggil seramai 31
orang saksi dan telah menerima 42 eksibit, termasuklah laporan perubatan, gambar
dan rakaman video di sepanjang pendengaran berkenaan.
14.
Siasatan Awam ini telah meneliti berbagai rakaman video dan gambar-gambar
yang telah dikemukakan sebagai bahan bukti bagi menyokong kenyataan yang
telah dibuat oleh saksi.
15.
Sepanjang pendengaran tersebut sebanyak 16 sesi pendengaran telah diadakan di
mana seramai 31 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan. Sesi
pendengaran tersebut telah bermula pada 11 Oktober 2011 dan berakhir pada
17 April 2012, iaitu dengan mengambil masa selama 16 hari di mana para saksi telah
memberikan keterangan mereka di hadapan Panel. Selain itu, Panel juga telah
mengadakan lawatan ke beberapa lokasi yang terlibat, iaitu Hospital Tung Shin,
Hospital Bersalin Cina, Bukit Persekutuan dan KL Sentral bagi membolehkan Panel
mendapat gambaran yang lebih jelas berkenan keterangan yang diberikan oleh
saksi.
Syor-syor Siasatan Awam yang terdahulu
16.
Panel mengambil maklum syor-syor yang telah dikemukakan oleh Suruhanjaya
dalam Siasatan Awam yang terdahulu seperti “Report of Suhakam Public Inquiry
Into The Incident at KLCC On 28 May 2006” dan Panel berpendapat bahawa syorsyor ini boleh digunapakai setakat mana ia masih relevan.
Batasan
17.
Penemuan yang dilakukan dalam Siasatan Awam ini adalah berdasarkan
keterangan saksi dan bukti yang diserahkan kepada Panel. Panel mengambil
maklum bahawa terdapat saksi lain terlibat dalam kejadian-kejadian yang dibawa
ke perhatian Panel tetapi mereka tidak tampil untuk membantu Siasatan Awam ini.
5