untuk mengadakan satu Siasatan Awam berhubung dengan dakwaan pelanggaran
hak asasi manusia yang mungkin berlaku di sepanjang perhimpunan tersebut.
5.
Selaras dengan keputusan tersebut satu surat makluman telah dihantar oleh
Suruhanjaya kepada PDRM bagi tujuan memaklumkan keputusan Suruhanjaya untuk
menjalankan
Siasatan
Awam
serta
memohon
kerjasama
PDRM
agar
sudi
membekalkan apa saja bahan bukti yang berkaitan, termasuklah senarai nama
para pegawai dan anggota yang bertugas semasa perhimpunan tersebut
dijalankan sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada hari berkenaan, iaitu 9 Julai 2011.
6.
Sebagai langkah untuk mengumpulkan maklumat daripada pelbagai pihak
termasuk orang awam, media dan pertubuhan, Suruhanjaya telah mengeluarkan
kenyataan akhbar menjemput sesiapa saja untuk tampil menjadi saksi dengan cara
memberi keterangan yang boleh membantu Suruhanjaya dalam melaksanakan
tugas Siasatan Awam berkenaan.
7.
Hasil daripada pengumuman tersebut, Suruhanjaya telah menerima sebanyak lapan
(8) penyerahan awam
(Public Submission), iaitu lima
(5) daripada orang
perseorangan dan tiga (3) daripada pertubuhan, masing-masing daripada Majlis
Peguam, TENAGANITA dan gabungan antara Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan
BERSIH, yang telah mengemukakan kepada Suruhanjaya senarai nama 36 individu
yang bersedia untuk menjadi saksi.
8.
Bagi tujuan Siasatan Awam berkenaan, satu Panel Siasatan telah dibentuk yang
terdiri daripada Ahli-ahli Suruhanjaya berikut:-
9.
Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee (Pengerusi)
Prof Emeritus Dato‟ Dr Mahmood Zuhdi bin Hj Abd Majid (Ahli)
Encik Detta Anak Samen (Ahli)
Sebagai panduan umum kepada kerja-kerja berkenaan yang akan dilaksanakan
oleh Panel tersebut Suruhanjaya telah menetapkan terma-terma rujukan seperti
yang terdapat dalam jadual berikut:3