BAB 1 Di samping pembangunan modul, SUHAKAM juga dijemput untuk menyertai bengkel semakan semula silibus IPG pada 3 Mac di Kampus Bahasa Antarabangsa, Institut Pendidikan Guru. Dalam bengkel tersebut, SUHAKAM mencadangkan beberapa topik hak asasi manusia dan ia menjadi kebanggaan buat SUHAKAM apabila dimaklumkan akan penerimaan cadangan itu yang mana ia telah pun dilaksanakan dalam Program Diploma Pascasiswazah Perguruan dan Program Diploma Perguruan Malaysia sejak Jun 2020. 3. CERAMAH DALAM TALIAN Selaras dengan pembudayaan norma baharu berikutan penularan COVID-19, SUHAKAM menawarkan ceramah hak asasi manusia secara dalam talian kepada agensi kerajaan dan universiti awam. Namun begitu, beberapa agensi menolak tawaran tersebut atas alasan tidak dapat menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk kakitangan menghadiri sesi dalam talian. Pada bulan September, SUHAKAM menganjurkan sesi ceramah dalam talian kepada dua buah universiti awam melibatkan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Objektif program adalah: i. memberikan pencerahan kepada pelajar tentang isu hak asasi manusia di Malaysia; ii. berkongsi maklumat berkenaan gerak kerja SUHAKAM. a) Ceramah dalam talian kepada pelajar UUM Sesi ini berlangsung pada 30 Jun dengan penyertaan sebanyak 70 orang pelajar Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) anjuran bersama SUHAKAM dan SOIS. Pesuruhjaya Datuk Lok Yim Pheng menyampaikan ceramah bertajuk ‘Dilema Pelarian di Malaysia’. Para peserta mengambil peluang berkongsi pandangan dan pendapat. Melalui sesi dua hala ini, ia memberi gambaran mengenai tahap kesedaran pelajar berkaitan hak asasi manusia antaranya berkaitan: i. Perihal pentingnya Malaysia mempunyai rangka kerja perundangan dan pentadbiran untuk melindungi pelarian serta mekanisme praktikal dalam proses pendaftaran maklumat golongan pencari suaka dan pelarian. LAPORAN TAHUNAN 2020 7

Выберите целевой абзац3