24
25
Objektif Strategik 2: Memacu Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
Golongan Rentan di Malaysia
Keterangan
Objektif Strategik 2: Memacu Hak
Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
Golongan Rentan di Malaysia
Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan diiktiraf di bawah
UDHR sebagai hak asasi yang terdapat pada semua
orang tanpa diskriminasi. Namun pada hakikatnya,
banyak komuniti dan individu rentan tidak dapat
menikmati ESCR sepenuhnya atas pelbagai faktor
berbentuk langsung, tidak langsung atau struktur, serta
kemiskinan. Oleh itu, salah satu ciri pendekatan hak
asasi manusia adalah perlindungan hak komuniti rentan
untuk memastikan mereka dapat mencapai, sekurangkurangnya, syarat minimum kehidupan bermaruah yang
ditetapkan oleh UDHR.
Hasil
Impak
Pelan Tindakan untuk meningkatkan
kesejahteraan golongan rentan di
Malaysia terangkum dalam elemen
hak asasi manusia
i. Undang-undang dan dasar
berkaitan ESCR golongan rentan
diperkenalkan atau dikaji semula
termasuk syor SUHAKAM
tentang perspektif hak asasi
manusia
Rangka
Masa
Jangka Panjang
Petunjuk
Strategi kebangsaan dalam
memacu ESCR golongan rentan di
Malaysia mengamalkan
pendekatan hak asasi manusia.
Jangka Panjang
Syor SUHAKAM ditunjukkan dalam
undang-undang dan dasar yang
dikaji semula
ii. Malaysia menyertai ICESCR
Jangka Panjang
Malaysia menyertai ICESCR
iii. Orang awam dan Kerajaan
menyedari ESCR sebagai hak
asasi
manusia
dan
isu
domestik yang berkaitan.
Jangka Panjang
Perkadaran bilangan pegawai
awam dan Kerajaan yang telah
mengambil
bahagian
dalam
acara SUHAKAM menyedari
ESCR dan isu domestik yang
berkaitan
iv. Kerajaan merangka belanjawan
dengan mengambil kira tanda
aras hak asasi manusia
Jangka Panjang
Gambar oleh SYADAN BIN GINU
Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan komuniti dan
individu rentan mengalami situasi yang lebih buruk. Di
Malaysia, antara kumpulan yang perlu diberi perhatian
termasuklah orang asli, orang kurang upaya, wanita,
kanak-kanak, pekerja migran dan pelarian. Perdana
Menteri Malaysia acap kali menekankan bahawa tiada
siapa yang akan dibiarkan ketinggalan semasa fasa
pemulihan,
dan
kerajaan
akan
menangani
ketakseimbangan pembangunan sosioekonomi dalam
Rancangan Malaysia Kedua Belas yang akan datang.
Keutamaan
Sejajar dengan hala tuju negara ketika ini untuk
meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial di
Malaysia dalam menghadapi COVID-19, SUHAKAM
akan berusaha ke arah memacu hak ekonomi, sosial
dan kebudayaan golongan rentan di Malaysia. Bagi
tujuan ini, SUHAKAM akan mengguna pakai strategi
berikut untuk memacu ESCR komuniti rentan di
Malaysia.
Gambar oleh LIN JOE YIN
Gambar oleh MUSLIANSHAH BIN MASRIE
Kerajaan merangka belanjawan
dengan mengambil kira tanda
aras hak asasi manusia